30 May 2014

Isu coklat DNA babi: Tak perlu buat fatwa baharu - Abd Shukor

Cik Admin | Friday, May 30, 2014 | 5Comments |
Photobucket



Kuala Lumpur: Keputusan analisis makmal terhadap dua coklat keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd jelas menunjukkan ia mengandungi DNA babi (porcine).

 Justeru, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emiritius Tan Sri Dr Abd Shukor Husin, berkata keputusan muzakarah pada 2011 bahawa umat Islam diharuskan mengambil makanan dan minuman yang mengandungi bahan najis seperti DNA babi akibat daripada pencemaran yang tidak disengajakan atau tidak disedari, tidak terpakai kepada dua produk keluaran Cadbury itu. 

 Beliau berkata keputusan itu berdasarkan belum ada penyelidikan yang dapat mengenal pasti sama ada DNA babi yang tercemar adalah asli atau sintetik dan sejauh mana tahap pencemarannya. 

 Selain itu, katanya, pencemaran DNA itu juga boleh berlaku dengan mudah melalui udara secara tidak disedari atau tanpa diketahui secara zahir dan pakar sains berpandangan adalah amat sukar untuk menghalang pencemaran berkenaan daripada berlaku. 

 “Ia berbeza, yang kita maksudkan (fatwa lalu) ramuan, kandungan dan cara pemprosesannya disahkan sebagai bersih, suci dan halal serta menjadi bahan makanan atau minuman yang diterima umat Islam secara meluas tetapi kemudian berlaku pencemaran kandungan seperti DNA babi secara sengaja atau tidak, maka ia harus diambil sebagai makanan kerana kandungan asal adalah halal,” katanya ketika dihubungi semalam. 


 Sudah disahkan 


 Beliau berkata kes coklat Cadbury pula memang jelas ada DNA babi dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan yang membuat ujian, oleh itu keputusan muzakarah lalu tidak terpakai pada kes produk berkenaan. Beliau berkata demikian mengulas penyebaran keputusan muzakarah pada 2011 itu yang boleh mengelirukan orang ramai berikutan isu coklat Cadbury itu. 

 Abd Shukor berkata pihaknya tidak bercadang untuk bermuzakarah untuk membuat ketetapan baharu. 

 “Tidak perlu buat fatwa baharu sebab nyata ia salah (coklat ada DNA babi), ia bukan saja haram malah pengeluarnya juga perlu dikenakan tindakan tegas. 

 “Cuma sekarang kita sedang menunggu keputusan makmal dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sama ada perkara ini dilakukan secara sengaja atau tidak, banyak mana kuantiti digunakan, adakah berlaku penipuan atau tidak amanah kerana hasil produk ini bukan saja haram dimakan malah mereka yang melakukan penipuan harus dihukum,” katanya.

Sumber : Berita Harian


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design By Saidatul Qifayah | For ! MSH PRODUCTIONS 2013-2014 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome