29 April 2014

Darah buatan kilang

Cik Admin | Tuesday, April 29, 2014 | 4Comments |
Photobucket




Pengeluaran darah tiruan dalam skala industri mungkin menjadi realiti apabila ujian yang dijalankan bagi darah buatan daripada sel stem manusia telah diuji pada pesakit buat kali pertama.
Ini adalah kejayaan terkini dalam usaha saintis untuk membina semula tubuh manusia termasuk tulang tiga dimensi dan anggota bionik.
Penyelidik kanan Prof. Marc Turner yang mendapat dana daripada Wellcome Trust sebanyak £5 juta (RM27 juta) memberitahu The Telegraph kumpulannya telah berjaya menghasilkan sel darah merah yang sesuai bagi pemindahan darah klinikal.
Prof. Turner telah menghasilkan teknik untuk mengkultur sel darah merah daripada induced pluripotent stem (iPS) cells - sel yang diambil daripada manusia dan diadun dengan sel stem.
Persekitaran biokimia yang sama dengan di dalam badan manusia kemudian dibina untuk menjana sel iPS supaya matang sehingga menjadi sel darah merah jenis darah O yang universal.
Prof. Turner berkata, walaupun pelbagai penyelidikan lain dilakukan di tempat lain, ini pertama kali darah dapat dihasilkan dalam kualiti dan piawaian yang selamat untuk dipindahkan kepada manusia.
Terdapat rancangan untuk menjalankan ujian seawal 2016 atau selewatnya 2017 dan melibatkan tiga pesakit Thalasemia iaitu gangguan darah yang memerlukan pemindahan darah berterusan. Kelakuan sel darah yang dihasilkan akan dipantau.
"Sel akan selamat," katanya sambil menambah proses berkenaan membolehkan sel dialihkan.
Teknik berkenaan memberikan prospek tentang bekalan yang terhad bagi darah jenis O bebas daripada penyakit dan sesuai untuk semua pesakit.
Walaupun bank darah mempunyai simpanan yang mencukupi di United Kingdom (UK) dan pemindahan biasanya selamat sejak jangkitan Hepatitis B dan HIV pada tahun 1970-an dan 1980-an, banyak tempat di dunia mempunyai masalah dengan pemindahan darah.
Bagaimanapun meningkat proses berkenaan bagi memenuhi permintaan adalah cabaran yang besar kerana keadaan makmal Prof. Turner tidak sesuai bagi skala industri.
"Satu unit sel mengandungi trilion sel darah merah dan dua juta unit darah dipindahkan di UK setiap tahun," katanya.
Buat masa ini kosnya melibatkan £120 bagi satu pemindahan darah.
Jika teknik Prof. Turner boleh ditingkatkan, ia boleh mengurangkan kos pemindahan darah.
Pengarah Pemindahan Teknologi Wellcome Trust, Dr. Ted Bianco berkata, mereka tidak patut memandang rendah cabaran menterjemah sains kepada prosedur rutin bagi klinik.
"Tiada yang lebih mencabar bagi Prof. Turner dan kumpulannya selain menghasilkan sel darah merah dalam skala industri yang boleh menggantikan darah yang didermakan pengguna dan menyelamatkan nyawa ramai orang," katanya.
Pada masa ini, kilang darah manusia masih lagi menjadi impian yang bakal menjadi kenyataan.


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

28 April 2014

Perang Arab Israel: Selagi Belum Kiamat ~ Sabaruddin Hussein

Cik Admin | Monday, April 28, 2014 | 0Comments |



"Palestine bukan milikku, bukan milik bangsa Turki tetapi milik bangsa Arab. Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab tetapi milik umat Islam seluruhnya. Aku tidak akan sesekali menyerahkan bumi Palestine walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka. Simpanlah wang kamu yang berjuta ringgit itu kerana sekiranya suatu hari nanti Khilafah Islamiyah ini tumbang, kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran. Adapun, sekiranya aku masih hidup, aku lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi Palestine dikeluarkan dari Daulah Islamiyah dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku. Adakah kami akan membenarkan diri (Wilayah-wilayah takluk Kerajaan Turki Uthmaniyah) kami ini semua dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup?!"
(Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1901 ketika ditawarkan oleh Tiodore Hertzel (Ketua Pertubuhan Zionis Antarabangsa dan antara pemimpin tertinggi freemasonry). Dipetik daripada kitab Kaifa Saqatot al-Khilafah al-Islamiyah, halaman 26)

Selepas Turki Uthmaniyah kalah dalam Perang Dunia Pertama (1914–1918), British yang menguasai tanah jajahan Turki Uthmaniyah (termasuk Palestine) mengisytiharkan Perisytiharan Balfour pada tahun 1917 dengan mengiktiraf negara Israel tanpa menafikan hak-hak sivil dan agama masyarakat bukan Yahudi di Palestin. Sejak dari itu, seramai 85,000 orang Yahudi sudah pun bermastautin di Palestin. Pada tahun 1947, UN Partition Resolution (GA 181) membahagikan tanah Palestine dengan 4,700 batu kepada 1.35 juta penduduk Arab Palestine manakala 5,300 batu kepada 630 ribu pendatang Yahudi. Pembahagian yang jelas berat sebelah mencetus Perang Arab-Israel 1947 dan PerangArab-Israel 1948. 
Buku ini mendedahkan:

Faktor kekuatan tentera Israel yang memenangi Perang Arab-Israel 1947-1948,Perang Suez 1956, dan Perang Enam Hari 1967, Perang Yom Kippur 1973
Faktor kelemahan tentera gabungan Arab yang mendorong kekalahan kepadaIsrael.
Strategi yang digunakan oleh kedua-dua pihak.
Perjanjian Camp David: Sebab dan kesan ke atas Palestine dan Negara-NegaraArab di sekitarnya.
Konflik Israel-Lubnan (1978-2006): Harapan buat Negara-Negara Islam?
Palestine: Kesengsaraan, bantuan Luar dan harapan masa depan.

Untuk membeli buku ini , sila klik SINI


(SEM) RM17.00 - RM15.00
(S/S) RM19.00 - RM16.70


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

23 April 2014

UPDATE ERROR TUTORIAL

Cik Admin | Wednesday, April 23, 2014 | 2Comments |


tutorial blog
tutorial blog
mungkin beberapa hari ini blog akan bersarang dan tidak diupdate bergantung kepada mood dan kerja yang tidak siap.. antaranya adalah kemaskini tutorial yang tidak berfungsi lagi.

sejak berpindah dari blogspot ke hosting ada beberapa entry, video dan tutorial yang tidak berfungsi dengan baik.. malahan coding untuk entry biasa pun boleh hilang so admin ambil sedikit masa balik untuk membetulkan beberapa entry terutamanya entry tutorial bagi membolehkan rakan² lain menggunakan tutorial tanpa error..
segala kesulitan amat dikesali..


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

No idea to write

Cik Admin | Wednesday, April 23, 2014 | 0Comments |
Photobucket

Meh klik sini.Bersedekah itu satu amalan yang mulia


Ya, sudah lama lak  tak mengupdate blog ini.. Insha Allah dalam masa beberapa jam akan ada entri baru buat blog ini.. Motif entri ini saja nak test mood berblogging, nampak gaya macam dah lari ke laut dah.. Apa boleh buat.. Tak biasa dah berblogging macam waktu muda2 dulu.. Huhu..Oklah..jap g nantikan entey baru k. Nak cari idea dulu...hikhikhik..Sementara tu, jgn lupa mai singgah Online Shop baru na. Baru nak start2 berjinak jadi business women. ni..Ok...daaaaaaa!!


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Churp Churp Boleh Buat Duit Poket

Cik Admin | Wednesday, April 23, 2014 | 0Comments |
Photobucket

Meh klik sini.Bersedekah itu satu amalan yang mulia

Ramai orang yang sebok bercakap tentang Churp Churp nie.
Apa tue Churp Churp ?

Mesti ada yang xtau lagi kan.Macam Aini ler dulu tak amik kisah pun benda-benda ni..sekali tengok orang lain senang-senang jerk dapat duit Aini pun mencuba lah juga.
Klu korang nak tau Churp Churp ni sama juga mcm nuffnang tapi kelebihan Churp Churp ni boleh buat duit dengan pantas tau sebab kita hanya share  campaign kemudian income akan dikira per klik.
Hebat bukan!!!.
Bila duit dah terkumpul Rm100 kita dh boleh cashout dah.
Mudah sangat hanya Sign Up dengan Facebook @ Twitter 
Untung bagi mereka yang selalu online memang boleh masyuk lah tiap-tiap bulan..
Nak Tunggu ape lagi orang lain dah senyum jerk dapat duit dari churp churp ni.Tak kan nak tengok blogger lain kaut duit sorang-sorang.Hihi..
Jom daftar sekarang juga!!!!

Macam mana nak daftar?



Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design By Saidatul Qifayah | For ! MSH PRODUCTIONS 2013-2014 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome