15 May 2013

Kehidupan

Cik Admin | Wednesday, May 15, 2013 | 0Comments |

Photobucket



"Kehidupan dunia ini (jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Surah al-Ankabut , ayat 64)
Melihat kepada fenomena hari ini, terdapat pelbagai ragam manusia. Ada kehidupan mereka yang tidak berubah-ubah sedari kecil, remaja, dewasa, tua dan sehinggalah ajal datang menjemput. Tetapi ada juga yang berubah mengikut peredaran usia dan waktu serta keinginan hati mereka dalam mencari kebenaran dan arah tuju hidup.

KEINGINAN UNTUK BERUBAH

Sememangnya sudah fitrah manusia untuk kembali kepada kebenaran meskipun mereka adalah dari golongan seburuk-buruk dan sejahat-jahat manusia. Mungkin sukar untuk percaya, seorang yang digelar 'setan' itu jauh di sudut hatinya ingin menjadi seorang yang baik.
Keinginan untuk menjadi baik dan akhirnya menemui laluan ke arah kebaikan itulah sebenarnya yang dinamakan hidayah. Dengan kehendak Allah, hati yang telah ditutupi dan diselaputi dengan dosa dan noda, akan ada sedikit lubang kecil yang hanya dimuati laluan cahaya hidayah Allah untuk ditembusi terus ke dalam hati-hati manusia yang terpilih.
Sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur ayat 35 yang bermaksud,
"Allah (memberi) nur (cahaya) langit dan bumi. Umpama cahaya-Nya seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam gelas. Gelas itu seperti bintang yang berkilauan. Pelita itu dinyalakan dengan minyak pohon yang diberkati iaitu minyak zaitun yang (tumbuh) bukan di timur dan bukan di barat, minyak itu hampir bercahaya dengan sendirinya meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdampingan dengan cahaya. Allah menunjuki sesiapa yang dikehendaki-Nya kepada cahaya-Nya itu. Allah menunjukkan beberapa contoh untuk manusia. Allah mengetahui setiap sesuatu."

BERSYUKUR

Tatkala kita merasakan kumpulan dosa terlalu banyak, janganlah kita berputus asa dari rahmat-Nya dan merasakan diri tiada tempat di sisi Allah untuk kembali ke pangkal jalan. Sebaliknya bersyukurlah, dengan terdetiknya sedikit penyesalan itu sebenarnya adalah satu bentuk hidayah Allah yang lahir tanpa kita sedari kecuali bagi mereka yang berfikir akan nikmat yang Allah berikan. Kerana dosa yang kita sedari itulah yang mendekatkan diri dengan Allah dan seterusnya melahirkan rasa kehambaan dalam diri dan mengakui kelemahan sebagai seorang manusia yang perlu bergantung kepada Sang Pencipta.
Berbanding dengan mereka yang berasa diri tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa betul dalam kelakuan dan tindakan, ia cukup bahaya kerana tidak sedar diri mereka sudah berada jauh dari Allah. Mereka ini adalah golongan yang sombong dan tidak mengharapkan pertolongan Allah tetapi lebih kepada mengikut kata hati dan berbuat apa sahaja yang mendatang kebaikan dan keseronokan pada diri.
Apa yang terjadi hari ini, kita seringkali menolak seruan-seruan untuk kembali kepada Islam. Pelbagai alasan yang diberikan kerana merasakan diri masih muda dan belum tiba masanya untuk berubah. Alasan yang paling suka diberikan ialah 'belum sampai seru!' alasan tersebut langsung tidak munasabah. Mana mungkin kita mengharapkan sesuatu yang bernilai itu diberi secara percuma tanpa perlu berusaha untuk mendapatkannya!
Seringkali apabila kita diberikan ujian dan didatangkan suatu insiden barulah ia berjaya membuka hati kita untuk berubah. Insiden tersebutlah yang akhirnya mengetuk pintu hati kita untuk bertaubat dan kembali kepada jalan Allah. Kita dikira bernasib baik jika nyawa masih dikandung badan tetapi apa akan terjadi jika kita sudah tidak diberi peluang untuk bernafas dan menebus segala dosa-dosa lalu?

HIDAYAH NALURI

Hidayah datang dalam pelbagai bentuk. Bentuk yang pertama ialah hidayah naluri (keinginan). Hidayah ini adalah sesuatu yang semula jadi ada pada diri kita sejak dilahirkan ke dunia sebagai contoh, bayi yang baru dilahirkan akan menangis apabila lapar. Nalurinya inginkan makanan bagi menghilangkan rasa lapar. Yang kedua ialah hidayah melalui pancaindera. Semasa kecil, kita dapat mengenali dan membezakan sesuatu perkara dengan menggunakan pancaindera seperti mendengar suara ibu dan ayah atau dapat mengenali sesuatu objek. Kemudiannya hidayah dalam bentuk akal fikiran yang mana ia dikurniakan oleh Allah supaya dapat memandu kita berfikir secara rasional sebelum bertindak.

HIDAYAH AGAMA

Seterusnya ialah hidayah agama. Hidayah inilah yang menyelamatkan diri kita daripada kesesatan dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam dan beriman kepada Allah SWT. Ia dapat mendorong kita melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan Allah sekali gus dapat membezakan antara perkara-perkara baik dengan perkara haram.

HIDAYAH TAUFIK

Yang terakhir ialah hidayah taufik yang mana merupakan tahap hidayah yang tertinggi kurniaan Allah kepada hambanya yang dikasihi. Tinggal sekarang, hidayah itu harus dijaga kerana nilainya tiada tara dan tidak dapat ditukar dengan apa pun. Ia menjaga kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat kelak.
Hidayah pula diturunkan dalam dua cara iaitu hidayah pemberian makhluk sama ada dari kalangan para nabi, pendakwah ataupun sesiapa sahaja. Contohnya hidayah yang diturunkan melalui Nabi Muhammad agar membimbing umatnya beriman kepada Allah. Namun, hidayah taufik ini tidak mampu diberikan oleh makhluk tetapi hanya Allah yang berkuasa. Ia tiada pada Nabi Muhammad walaupun baginda adalah seorang Rasul sebagaimana firman Allah dalam surah al-Qashash ayat 56 yang bermaksud,
"Sesungguhnya engkau (ya Muhammad) tidak dapat memberi hidayah/petunjuk kepada orang yang engkau cintai, akan tetapi Allah lah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki."
Adapun ciri-ciri orang yang sudah mendapat hidayah, mereka hebat beribadat seperti melakukan solat fardu dan sunat, mengeluarkan zakat dan rukun Islam yang lain, sentiasa memperuntukkan waktu untuk bertasbih dan bertahmid kepada Allah SWT selain mengerjakan keperluannya di dunia. Mereka ini tidak mampu melupakan Allah walau sesaat kerana begitu takut akan pembalasan di hari akhirat nanti. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam setiap perlakuan agar tidak ditarik balik hidayah pemberian Allah.
Biarpun hidayah itu adalah pemberian Allah tetapi tidak bermakna kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu ia datang kepada kita. Hidayah perlu dicari dan boleh diusahakan jika kita benar-benar inginkannya dengan memohon kepada Allah. InsyaAllah, kita pasti akan diberikan hidayah.



Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

6 May 2013

10 BLOGGER TERPANTAS SEGMEN BLOGWALKING BY MSH PRODUCTIONS

Cik Admin | Monday, May 06, 2013 | 3Comments |
Photobucket

Meh klik sini.Bersedekah itu satu amalan yang mulia
Selamat petang semua...Korang apa khabar??Zana harap sihatlah ek.Baiklah,korang ingat tak segmen yg Zana pernah lancarkan 3 hari yg lepas?Alaa...segemen yg INI. Alhamdulillah, seramai 30 peserta yang telah baik hati dan join segmen ini.Walaupun tak sampai target 50 peserta, tetapi alhamdulillah juga kerana ada gak yg sudi join kan 

Seperti yg di janjikan, 10 peserta terawal yg join akan dapat topap RM5 seorang kan???Korang nak tahu siapa?Adakah anda salah seorang dari yg bertuah itu??Jom kita tengok siapa yg bertuah!!
 
 
TAHNIAH TAHNIAH KPD 10 BLOGGER TERPANTAS DI ATAS!!
 
NAK TUNTUT HADIAH KORANG, SILA ADD ZANA DI FACEBOOK ZANA  DAN BERIKAN DETAILS SEPERTI YG BERIKUT
 
NAMA PENUH : 
 URL LINK SEGMEN YG KORANG MENANG:( *TENGOK LINK BLOG KORANG DI ATAS EK) 
NO TELEFON :  
 
ANDA DI BERI MASA UTK TUNTUT HADIAH SEHINGGA 10 MEI 2013 (JUMAAT). TUNTUTAN HADIAH SELEPAS DARI TARIKH TERSEBUT,  TIDAK AKAN DI LAYAN .heeeeee...:)
 
 


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

4 May 2013

Senarai nama peserta Segmen Blogwalking by MSH Productions

Cik Admin | Saturday, May 04, 2013 | 1Comments |
Photobucket

Meh klik sini.Bersedekah itu satu amalan yang mulia

Alhamdulillah..Semalam dah lancar satu segmen baru. Kalau tak tahu klik INI  . Now Zana nak senaraikan blogger2 yang join segmen Blogwalking dan dah dapat 10 blogger terpantas.Adakah anda?????Jom kita tengok siapa yang bertuah!!


YOU'RE NEXT!!

Nak Join KLIK SINI . DAH TUTUP!!..Hadiah akan bertambah sekiranya penyertaan melebihi 50 peserta.Sementara tunggu yg lain join, apa kata korang blogwalking dulu ek..

Happy Blogging!!




Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Review Blog Pemenang Segmen Simple Giveaway & Contest by MSH Productions

Cik Admin | Saturday, May 04, 2013 | 4Comments |
Photobucket

Meh klik sini.Bersedekah itu satu amalan yang mulia




Tahniah tahniah Zana nak ucapkan kepada para pemenang Segmen Simple Giveaway & Contest by MSH Productions. Kali ini tanggungjawab Zana pulak untuk Review blog para pemenang . Korang tak sabar nak tahu blog siapa yg di review kan..??Zana teruja nie!!..Jom kita tengok siapa yang bertuah!!
 
 
1. Aimi Rahim

 Blog kepunyaan adik Aimi Rahim ni sangat cantik.Warna pink..Memang.wanita dan warna pink tidak dapat di pisahkan..heee...Suka betul Zana tengok kartun Muslimah kat header blog ni..Blog ini juga ada menyelitkan tutorial, freebees dan yang paling penting SIMPLE and kemas.So, kalau korang ada request tutorial atau nak benda free, boleh jenguk blog adik ni..:)
 
 
2.  Heirizalieyana
 celoteh si gadis kidal
 
 Blog yang kedua ini juga berwarna PINK. wow , ramainya blogger yang suka warna pink. Bagi Zana , blog awak memang cantik , kemas dan cepat loading. Zana rasa adik ni merupakan seorang yg bertangan kidal. Sebab dr nama blog dah tahu.Betul tak..??Heheeee..So, apa lagi.Moh la kita terjah blog Heirizalieyana yang comel nie. =)
 
 
 3. Umi Kasum
 Yumida
   
Blog yang ketiga ini juga berwarna PINK. wow , perempuan mmg minat warna pink kan..tidak dapat di nafikan..heee..Rupa-rupanya adik ni asal dari Sarawak.Sama dgn Zana..:) ..Okay..akak suka dengan header blog ni.Cute sgt tgk muslimah bertudung tu posing.Macam taw2 je org tgh dok sekodeng blog dier..:)Heheeee..Meh, semua kita p serang blog Umi..:)
 
 
4. Aisyah
sukahati
Blog  adik ni  memang simple , cepat je loading. bagus! Penggunaan widget yang tak banyak , just guna yang penting jea. rasa-rasanya , blog adik ni memang dah okey. so , sesape nak tengok , boleh tekan link kat nama dia yea. 
 
 
Done! Happy blogging!!


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

3 May 2013

Segmen Blogwalking by MSH Productions

Cik Admin | Friday, May 03, 2013 | 30Comments |
Photobucket

Meh klik sini.Bersedekah itu satu amalan yang mulia

 

Alhamdulillah, hari ni selesai sudah mengumumkan senarai pemenang utk Segmen ini. Tak tahu klik sini.  Hari ni nak buat segmen baru. Nak join?Sebelum tu baca syarat2 dulu k..


 Syarat-syarat
 
1. Warganegara Malaysia
2. Mempunyai blog dan facebook
3. KLIK INI  INI  INI dan tunggu sampai habis loading! *akan disemak*
4. Wajib follow blog ini like facebook pages.
5. Tempek banner di atas dan letak banner dalam entry anda.
6. Buat entry bertajuk "Segmen Blogwalking by MSH Productions" dan tinggalkan link  entri anda  di ruangan komen .


10 blogger terpantas akan mendapat hadiah topup 5x10 .Cepat2 tinggalkan url blog anda di ruangan komen.Good Luck!!

BLOGWALKING TAMAT 5 MEI 2013. 

PENYERTAAN DI TUTUP!!

SENARAI PESERTA KLIK SINI 







Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Bahaya Tidur Selepas Subuh

Cik Admin | Friday, May 03, 2013 | 2Comments |
Photobucket



Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan,

“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan."

Waktu tidur yang paling bermanfaat iaitu :

1. Tidur ketika perlu tidur.

2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam.
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI


[Pertama]
Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua]
Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga]
Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat]
Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata,
"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya."
(Miftah Daris Sa'adah, 2/216).
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima]
Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata,
"Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah:-
[1] tidur di waktu pagi,
[2] sedikit solat,
[3] malas-malasan dan
[4] berkhianat."
(Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam]
Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat.
Zaadul Ma’ad, 4/222)


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

***Sumber Dari : uniqueummah.blog



Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

2 May 2013

Pemenang GA "Simple Giveaway & Contest by MSH Productions " di umumkan!

Cik Admin | Thursday, May 02, 2013 | 16Comments |

Photobucket
Meh klik sini.Bersedekah itu satu amalan yang mulia
PENGUMUMAN!

UPDATE on 3rd May 2013

ENTRY INI TELAH DI EDIT SEMULA SEBAB ZANA BARU PERASAN ADA PEMENANG YG ZANA PILIH TERDOUBLE LINK.ZANA DAH EDIT BALIK SENARAI NAMA NAMA PEMENANG.HARAP ANDA MAAFKAN ZANA EK..DAN TERIMA KASIH TAK TERHINGGA KEPADA ADIK Fiqa sebab beritahu Zana tadi.Zana mintak maaf ek...
Masa yang anda semua tunggu-tunggu telah tiba. Sebelum tu Zana nak mintak maaf sebab entri sebelum ni ada pemenang yg terdouble link.So Zana dah edit dan pilih pemenang dgn menggunakan khidmat random.org dan nak minta maaf jugak sebab lambat umumkan pemenang sebab sibuk sangat.Dalam masa sebulan ni sibuk dengan study, exam pastu sibuk pulak dengan kerja. 
Oklah, meh kita teruskan..Ni Zana nak nak tanya sikit kpd peserta Pelancaran Simple Giveaway & Contest by MSH Productions yang Zana sayangi.Anda dah tahu nombor giliran anda ke belum? Kalau belum sila semak senarai 71 peserta kat SINI.
Kesemua pilihan pemenang adalah berdasarkan nombor random dari nombor giliran anda dari senarai peserta tadi. Baiklah,Jom kita tengok siapa yang kena!!..
Top Referral

1st Cash RM 50

NUR MAHIRAH

2nd Cash RM30

Heirizalieyana

TUNTUT HADIAH DARI PENAJA ANDA DI SINI
HADIAH SAGUHATI
Shawl pashmina x 2 Pemenang (disumbangkan oleh Nur Ilia)
65. http://sabghina.blogspot.com/2013/04/simpe-giveaway-contest-by-msh.html
1. http://imaneeda.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html


TUNTUT HADIAH DARI PENAJA ANDA DI SINI
Topup RM5 x 2 Pemenang (disumbangkan oleh Radhiah Ilyas)
71. http://www.daliagallery.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
56. http://loveyoucontest.blogspot.com/2013/04/pelancaran-simple-giveaway-contest-by.html
TUNTUT HADIAH DARI PENAJA ANDA DI SINI
Bloglist 1 Bulan x 3 Pemenang (disumbangkan oleh Nur Asma)
3. http://tinyinwonderland.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
62. http://gelakketawabersama.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
2. http://doodlemerah92.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
TUNTUT HADIAH DARI PENAJA ANDA DI SINI
Topup RM5 x 2 Pemenang (di sumbangkan oleh Iqa Syafika)
8 http://thepureheartoftheemptysoul.blogspot.com/2013/04/simpe-giveaway-contest-by-msh.html
12 http://sicomotizati.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html

TUNTUT HADIAH DARI PENAJA ANDA DI SINI
Blog Review x 3 Pemenang ( di sumbang oleh Nur Izati)
14. http://diari-kecilku-sofea.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
35. http://theflickerdoodles.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-dan-contest-by-msh.html
64. http://aennpunyerbelog.blogspot.com/2013/04/simpe-giveaway-contest-by-msh.html

TUNTUT HADIAH DARI PENAJA ANDA DI SINI
Bloglist 1 Bulan x 5 Pemenang ( di sumbang oleh Nur Izati)
30. http://akusukaketawa.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
32. http://ceritahatikuu.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
23. http://miszh0neyz.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
7. http://randomtalking123.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
67. http://nuraribahizni.blogspot.com/2013/04/simpe-giveaway-contest-by-msh.html
TUNTUT HADIAH DARI PENAJA ANDA DI SINI
Header Animated x 1 Pemenang (di sumbang oleh Fiqa Nsz)
15. http://www.cikfie.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html

TUNTUT HADIAH DARI PENAJA ANDA DI SINI
Custom Header x 1 pemenang (di sumbang oleh Maya Izara)
9. http://sayacikamal.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html

TUNTUT HADIAH DARI PENAJA ANDA DI SINI
Bloglist 1 Bulan x 5 Pemenang (di sumbang oleh Nur Mahirah)
44. http://iamjustmynie.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
10. http://tinyinwonderland.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
36. http://secretofshaila.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
6. http://blogmenang.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
34. http://eymasushoppe.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-and-contest-by-msh.html

TUNTUT HADIAH DARI PENAJA ANDA DI SINI
Voucher Lens RM10 x 2 Pemenang (di sumbang oleh Nur Mahirah)
53. http://feeraakira.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
45. http://nurhaniessofeanadia.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
TUNTUT HADIAH DARI PENAJA ANDA DI SINI

TUNTUT HADIAH DARI PENAJA ANDA DI SINI
Ruang Tapak Iklan x 2 Pemenang ( di sumbang oleh Adam Faiz)
38. http://lalazarryn.blogspot.com/2013/04/pelancaran-simple-giveaway-contest-by.html
17. http://qieladuo.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html

TUNTUT HADIAH DARI PENAJA ANDA DI SINI
Blog Review x 3 Pemenang (di sumbang oleh Waney Redza)
58. http://rikaemyekya.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
10. http://whenmyhandsmeetthekeybroad.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
22. http://fatin04.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html

TUNTUT HADIAH DARI PENAJA ANDA DI SINI
Topup/Cash RM5 x 2 Pemenang (di sumbang oleh Waney Redza)
29. http://rennyenqop.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
13. http://beyondtotheinfinity.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html

TUNTUT HADIAH DARI PENAJA ANDA DI SINI
Domain (com/net/my) x 3 (di sumbang oleh Saidatul Qifayah)
55. http://tulisangadisbosan.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
16. http://annurgiveaway.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
5. http://talking-typing.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html

TUNTUT HADIAH DARI PENAJA ANDA DI SINI
Topup/Cash RM5 x4 Pemenang (di sumbang oleh Saidatul Qifayah)

43. http://merahsitulip.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
19. http://keyranazleen.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
61. http://www.aienhermionie.my/2013/04/giveaway-contest-by-msh-productions.html
24. http://mizzniya.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html

TUNTUT HADIAH DARI PENAJA ANDA DI SINI
Tudung Bawal Plain x 3 Pemenang (di sumbang oleh Saidatul Qifayah)
21. http://sarakassim.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
59. http://silenceprovince.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
41. http://akuinginmenang.blogspot.com/2013/04/simpe-giveaway-contest-by-msh.html

TUNTUT HADIAH DARI PENAJA ANDA DI SINI
Blog Review x 4 Pemenang (di sumbang oleh Saidatul Qifayah)
4. http://aimionlyforcontest.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
11. http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
46. http://umikasum.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
68. http://sukahatiecha.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html

TUNTUT HADIAH DARI PENAJA ANDA DI SINI
Ruang Tapak Iklan x 3 Pemenang (di sumbang oleh Saidatul Qifayah)
28. http://www.afieqaisarah.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
57. http://sisepet-kinderbueno.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html
49. http://ienaazaidi.blogspot.com/2013/04/simple-giveaway-contest-by-msh.html

TUNTUT HADIAH DARI PENAJA ANDA DI SINI

Tahniah tahniah tahniah dan jutaan tahniah kepada semua pemenang .Kepada para pemenang sila hubungi penaja masing-masing dan berikan maklumat seperti di bawah untuk memudahkan penaja anda mengenali dan berurusan dengan anda.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya merupakan salah seorang Pemenang
"Simple Giveaway & Contest by MSH Productions"
Link blog/segmen--> http://www.monologseoranghamba.com/2013/05/pemenang-ga-simple-giveaway-contest-by.html

Nama :
Menang Hadiah Apa :
Link Penyertaan :
ATAU 
Anda boleh menghubungi Zana dgn cara email atau pm ke FB Zana@Saidatul Qifayah butiran diri anda seperti berikut ;

Nama :
Nombor Giliran :
URL Blog :
No.Telefon :
Link/Url Penaja Anda:
Kalau nak add fb Zana, sila pm dan perkenalkan diri dulu ye. Atas alasan tertentu Zana dah stop approve orang yang tak dikenali.
Tahniah Zana ucapkan kepada kesemua peserta dan kepada yang tidak tersenarai, tunggu next contest atau giveaway dari monologseoranghamba.com ye.

PERHATIAN : Kepada semua pemenang di bawah tajaan Zana atau penaja lain, sila berikan butiran yang Zana perlukan sebelum 12 Mei 2013 (Ahad) .Jika tiada respon dari mana-mana pemenang selepas tarikh itu, maka dengan AUTOMATIK hadiah anda di batalkan.Sebarang kelewatan drpd tarikh di atas tidak akan di layan.Harap Maklum.
Nota Kaki: Pemenang di pilih menggunakan khidmat random.org Harap anda berpuas hati.Jika ada yg tak menang, janganlah berkecil hati ek..Nanti kalau Zana ada buat GA/Segmen, jangan lupa join taw.Mana taw rezeki anda pula..In sha Allah.Zana nak minta maaf sekiranya sepanjang GA/Segmen ni berlangsung, Zana ada membuat sesiapa kecik ati ke apa ke...yang buruk dtgnya dr Zana dan yg baik itu dtgnya dr Allah S.W.T.



Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design By Saidatul Qifayah | For ! MSH PRODUCTIONS 2013-2014 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome