30 March 2013

Apakah Erti Seorang Isteri?

Cik Admin | Saturday, March 30, 2013 | 0Comments |
Photobucket

Saya tidak tahu kenapa saya berasa sangat dingin dengan sikap isteri saya sejak kebelakangan ini. Apa saja yang dia lakukan sering kurang di mata saya. Saya selalu memarahinya, namun isteri hanya mendiamkan diri. Dia segera memohon maaf dengan saya. Sejak kebelakangan ini, saya selalu saja mengelak dan kurang menunjukkan kasih sayang terhadap isteri. Entah kenapa, saya berasa tawar hati padanya. Bagaimana saya ingin menghargai dia?
-Khairi, Kuantan
Jawapan Cinta:
Saudari Khairi, sebenarnya tiada apa yang berlaku. Hanya perasaan saudara yang tidak menentu sebenarnya. Mungkin saudara stress dan mempunyai masalah. Nasihat pakar cinta, layanlah isteri saudara sebaiknya. Susah untuk berjumpa dengan perempuan seperti isterisaudara, penuh kesopanan dan kesusilaan dalam melayan karenah suami. Disini PakarCinta kongsikan bait kata indah untuk tatapan saudara Khairi. Semoga hati saudara tersentuh dan mengetahui erti seorang wanita bergelar isteri.

Aku seorang isteri…
Kepada seorang insan bergelar suami..
Kepada suami bagaikan sang puteri..
Menjadikan rumahtangga sebagai penyeri…

Aku seorang isteri…
Kepada sang suami sentiasa berbakti…
Untuk meraihkan pahala ilahi..
Sebagai balasan khidmat diberi..

Aku seorang isteri…
Memberi bahagia kepada suami…
Dalam tutur kata dan juga gerak geri..

Aku seorang isteri…
Sebagai insan untuk dirindu..
Oleh insan yang bergelar sang suami…

Aku seorang isteri…
Segala tindakan akan dipuji…
Oleh manusia disetiap negeri..
Jika ia mengikut kehendak ilahi…

Aku seorang isteri…
Menjadi benteng kejayaan suami…
Untuk melangkah kehidupan hakiki…

Aku seorang isteri…
Kehendak suami sentiasa dituruti..
Untuk menjadi isteri yang disayangi…

Aku seorang isteri..
Bersusah payah dimalam hari..
Memastikan rumah sentiasa diawasi..

Aku seorang isteri…
Kepada si suami yang berbakti…
Untuk melahirkan anak-anak sejati…

Aku seorang isteri..
Tidak kuat tidak berani..
Untuk melawan kehendak suami..
Kerana ia perintah ilahi..untuk sentiasa aku turuti..

Aku seorang isteri…
Sentiasa menanam azam dihati..
Untuk menjadi seorang yang tabah berdiri..
Dibelakang suami sebagai penyeri…
Untuk keharmonian sentiasa dicari…

Aku seorang isteri..
Hidup dan matiku untuk berbakti..
Kepada ia seorang suami…
Pasti ku lawan gagah berani..
Sekira musuh datang mencari….

Aku seorang isteri..
Sakit bersalin tidak terperi..
Hanya ku pendam di dalam hati..
Demi kebahagian untuk si suami..
Tonggak rumah tangga menjadi seri…

Aku seorang isteri…
Hasrat dihati menjadi puteri..hanya suami bertapak dihati…
Segala onak dan juga duri..pasti ku redah untuk berdiri….

Aku seorang isteri…
Sentiasa berkobar di dalam hati…
Untuk menjadi isteri mithali…..

Sumber Asal : Abdul Hadi Bin Harun


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Pesanan Uztaz Azhar Idrus Kepada Suami

Cik Admin | Saturday, March 30, 2013 | 0Comments |
Photobucket

Ustaz Azhar Idrus: Panduan Suami Baik



Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
* Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.
* Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
* Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
* Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
* Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
* Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
* Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
* Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
* Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
* Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.
* Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.
* Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
* Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
* Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.
* Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
* Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
* Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
* Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
* Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
* Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
* Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
* Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
* Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
* Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
* Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
* Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
* Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
* Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
* Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
* Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
* Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
* Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
* Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
* Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Kerana Cinta Bukan Dosa

Cik Admin | Saturday, March 30, 2013 | 0Comments |
Photobucket

Aku mencintaimu seperti diriku.
Tanpa haru yang menderu.
Tanpa hati yang mematri.
Tanpa asa yang bersemi.

Aku mencintaimu semampu diriku.
Tanpa kehadiranmu.
Tanpa pujian.
Tanpa bersentuhan.
Tanpa berpelukan.

Aku mencintaimu sebanyak langkahku.
Tanpa untaian kata cinta.
Tanpa hasrat yang menggebu.
Tanpa keberadaan yang berpadu.

Hanya bayangan hatiku dan hatimu yang menyatu.
Kerana cinta bukan dosa.
Tetapi cinta adalah kejujuran jiwa.
Hingga sampai nanti indah pada waktunya..
 Kita akan BAHAGIA SELAMA-LAMANYA! :)


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Kenapa Aku Masih Solo?

Cik Admin | Saturday, March 30, 2013 | 0Comments |
Photobucket

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa.
Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji,
memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Pedoman Sang Pencinta

Cik Admin | Saturday, March 30, 2013 | 0Comments |
Photobucket
1.)Tempuhlah jalan pertengahan dan keseimbangan dalam cinta dan benci. Pesan Rasulullah SAW :
“Cintailah kekasihmu dengan biasa-biasa saja, kerana boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu benci,dan bencilah sesuatu yang tidak kamu sukai dengan biasa-biasa saja, karena boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu sukai.”
(HR.BUKHARI,ABU DAWUD,TIRMIDZI,DAN IBNU MAJAH,DARI ABU HURAIRAH).

2.)Imam Ali bin Abi Thalib berkata :
“Jadilah engkau sebagai sumber kebaikan dan maafkanlah kesalahan orang lain, kerana kamu melihat dan mendengar sendiri apa yang kamu lakukan. Jika kamu mencintai seseorang, cintailah dia sedang-sedang saja, kerana kamu tidak tahu bila kamu akan mencabut cinta itu. Jika kamu membenci seseorang, bencilah dia sedang-sedang saja , kerana kamu tidak tahu bila kamu akan kembali mencintainya.”

3.)Riwayat lain mengatakan dimana Allah berfirman:
” Wahai hambaKu, AKU adalah kekasihmu yang pertama, kau cintai AKU di hari perjanjian,dan tatkala semua pecinta telah pergi meninggalkanmu, sedang AKU menghubungkanmu, maka kembalilah kepadaKU, nanti akan AKU muliakan engkau dengan kemulian pecinta.”




Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Hubungi Kami

Cik Admin | Saturday, March 30, 2013 | 0Comments |
Photobucket

Jiwa resah dan gelisah, mencari tempat mengadu dan teman pendengar setia? Emelkan masalah anda kepada MSH, di sini anda akan cuba dibimbing dan dibantu. Menjiwai anda dan membantu dalam mengurus masalah hati, perasaan dan kehidupan cinta adalah menjadi adat resam seorang Monolog Seorang Hamba :)

hubungi pakar cinta

.

HUBUNGI MONOLOG SEORANG HAMBA

Emailkan Masalah Cinta Anda: monologseoranghamba@yahoo.com
“Pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat, pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah, pesan pada semua jangan mengeluh dan jangan kecewa, ALLAH sentiasa bersama kita..” – MSH


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

SENARAI SEMAK AMALAN DI HARI JUMAAT

Cik Admin | Saturday, March 30, 2013 | 0Comments |
Photobucket


✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” - Hadith Riwayat Abu Dawud.

✔ Membaca Surah Al-Kahfi.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat akan diberikan cahaya baginya di antara dua Jumaat.” - Hadith Riwayat An-Nasa’ie, Al-Baihaqi dan Al-Hakim.

✔ Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan menunaikan solat jumaat.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Disunnahkan mandi pada hari Jumaat.” - Hadith Riwayat Bukhari.

✔ Memperbanyakkan berdoa sepanjang hari jumaat.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Pada hari (Jumaat) itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba (mu'min) apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” - Hadith Riwayat At-Tirmidzi.

✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

✔ Memperbanyakkan sedekah.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Sedekah pada hari Jumaat dibandingkan dengan sedekah pada enam hari lainnya laksana sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” Hadith daripada Ka'ab R.A menjelaskan: “Dan sedekah pada hari itu lebih mulia dibandingkan dengan hari-hari selainnya.” - Mauquf Sahih.

✔ Memperbanyakkan amalan sunat.

✔ Memotong kuku kaki dan tangan.

✔ Memperbanyakkan zikrullah.

سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا لله والله أكبر.. 

✔ Memakai pakaian sunnah.

✔ Memakai wangi-wangian.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesiapapun yang mandi pada hari Jumaat membersihkan diri semampunya, memakai minyak rambut & memakai wangi-wangian yang ia dapati dari rumahnya, kemudian dia pergi ketempat solat Jumaat tanpa menerobos antara dua orang yang duduk di masjid, lalu dia melaksanakan solat seperti yang diwajibkan kepadanya, dan dia diam ketika khatib berkhutbah, nescaya diampuni dosanya antara Jumaat itu dengan Jumaat sebelumnya.” - Hadith Riwayat Bukhari~

✔ Hadir awal ke masjid.

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat serupa mandi junub, kemudian berpagi-pagi ia pergi ke tempat Jumaat, pahalanya sama seperti berkorban seekor unta gemuk, dan yang pergi pada jam kedua, pahalanya sama seperti berkorban seekor sapi, dan yang pergi jam ketiga, pahalanya sama seperti berkorban seekor domba, dan yang pergi jam keempat, pahalanya sama seperti berkorban seekor ayam, dan yang pergi pada jam kelima, pahalanya sama seperti berkorban sebiji telur, maka apabila datang imam, datanglah pula Malaikat-malaikat untuk mendengarkan khutbah.” - Hadith Riwayat Muslim~

Salam Youm ul-Jumu'ah Mubarakah.. ツ



Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

29 March 2013

Menjadi Wanita Solehah

Cik Admin | Friday, March 29, 2013 | 0Comments |
Photobucket

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja iaitu:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fisik & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah datang dari faktor dalam. Bukanlah faktor luar atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: artinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda.
Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: artinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh karena itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat

4) Lemah iman

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Ad-dunya mata’ , khoirul mata’ al mar’atus soleh
Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang baik adalah Wanita solehah.


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design By Saidatul Qifayah | For ! MSH PRODUCTIONS 2013-2014 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome