28 February 2013

Pelajar tingkatan satu pulangkan wang tercicir RM37,500

Cik Admin | Thursday, February 28, 2013 | 0Comments |
Photobucket


 
BATU PAHAT – Seorang pelajar tingkatan satu sanggup mengayuh basikalnya sejauh 200 meter untuk mengejar sebuah kereta dipandu seorang wanita untuk memulangkan semula beg tangan mengandungi S$15,000 (RM37,500) yang tercicir.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, Amir Azizan Hashim, 13, mengakui tindakannya itu didorong oleh pesanan ibu tersayang supaya memulangkan kembali setiap barang yang ditemui kepada pemiliknya.

Menurutnya, beg tangan itu terjatuh di tempat letak kereta di sebuah pasar raya setelah wanita terbabit meletakkan beg tangan berkenaan di atas bumbung kereta sebelum meninggalkan lokasi, dipercayai untuk pulang ke Singapura.

“Saya tetap ingat pesanan emak, jika terjumpa barang orang kena pulangkan, kalau boleh beri pada pemiliknya. Kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu. Ketika itu saya sedang membeli surat khabar berhampiran sebuah pasar raya yang terletak di Taman Soga.

“Saya menaiki basikal dari rumah yang terletak berhampiran pasar raya itu sebelum ternampak seorang wanita sedang menaiki kereta jenis Nissan berwarna hitam dan beg tangannya berada di atas bumbung kereta.

“Saya percaya wanita berusia lingkungan 30-an itu tidak menyedari beg tangannya berada di atas bumbung kereta sebelum dia terus menggerakkan kenderaannya dan berlalu dari situ,” katanya kepada Sinar Harian.

Amir berkata, sebaik beg tangan wanita itu terjatuh, dia segera bertindak mengambil beg tangan berkenaan dan terus memeriksa kandungannya seterusnya mendapati satu sampul surat mengandungi wang tunai Singapura, dokumen pengenalan diri dan seutas jam tangan.

“Ketika memeriksa beg berkenaan, saya mendapati terdapat satu sampul surat yang mengandungi wang tunai dollar Singapura selain pasport dan seutas jam tangan dipercayai milik wanita terbabit.

“Saya terus mengayuh basikal mengejar kereta berkenaan untuk memulangkan semula beg tangan miliknya. Alhamdulillah saya dapat mengejarnya ketika di simpang jalan seterusnya memulangkan kembali beg terbabit,” katanya.

Beliau berkata, terharu dengan keikhlasannya, wanita terbabit beberapa kali mengucapkan terima kasih dan menghulurkan sejumlah wang sebagai sagu hati kepadanya.

“Saya tidak menerima wang berkenaan kerana teringat pesanan daripada ibu dan ayah yang kerap kali menasihati saya untuk tidak menerima apa-apa pemberian daripada orang yang tidak dikenali. Wanita itu bertanya beberapa maklumat diri saya antaranya alamat sekolah sebelum dia berlalu pergi dan saya terus pulang ke rumah dan menceritakan kejadian berkenaan kepada ibu dan ayah.

“Emak puji tindakan yang saya lakukan dan menasihati saya untuk meneruskan sikap sebegini pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran berkata, sikap yang ditunjukkan pelajar sekolahnya yang bertindak jujur memulangkan semula wang dan beg tangan berkenaan sangat dipuji.

“Wanita terbabit menghubungi pihak sekolah beberapa hari selepas kejadian bagi memaklumkan berhubung keikhlasan Amir yang sanggup memulangkan wang miliknya sebanyak S$15,000 (RM37,500).

“Kami seluruh warga sekolah sangat berbangga dengan tindakan Amir yang diharap dicontohi pelajar lain bukan saja di sekolah ini, tetapi di sekolah lain di seluruh negara. Sebagai penghargaan, pihak sekolah beri sijil kepada Amir bagi menghargai tindakannya,” katanya.

Sumber


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

27 February 2013

GIVEAWAY GOSSIP GI

Cik Admin | Wednesday, February 27, 2013 | 0Comments |
Photobucket 
 
 
Korang mesti tertanya-tanya apake bende la benda alah yang menempek kat atas ni ek..??hheeee..Inilah banner segmen yg Zana nak join..hehee...pertama kali join segmen blogger.Nervous lak ada..hheeee..
Cantik blog adik ni.Walaupun simple ttp kemas.Tak mcm blog akak...wahhh!!!@!@
NAK JOIN KLIK SINI.
 
Oklah, akak nak tag Zana, Mia dan Saida
Dear Zati akak dah ikut semua syarat..heeee...hopefully dapatlah mng hadiah yg gempak tuu..heheehhehhehee.. 
Ok Assalamuaalikum..
.SINGGAH SINI.


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Persoalan yang sering menjadi pertanyaan

Cik Admin | Wednesday, February 27, 2013 | 0Comments |
Photobucket
Solat Jumaat adalah fardu ain kepada lelaki Muslim yang mukalaf.

--------------------------------------------------------------------------------



SOALAN 1:
Apakah hukum jika tidak pergi tunaikan solat Jumaat dengan sengaja tiga kali berturut-turut.

Jawapan:

Menunaikan solat Jumaat adalah fardu ain bagi setiap lelaki yang mukalaf. Sekiranya tidak menunaikan Solat Jumaat tanpa sebarang alasan adalah berdosa besar.

Jika dia meninggalkannya selama tiga kali berturut-turut dia dikategorikan sebagai seorang yang kufur sebagaimana sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Barang siapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali dengan sengaja maka kufurlah ia".

Melalui hadis ini jelaslah kepada kita tentang betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosa jika meninggalkannya dengan sengaja.

Soalan 2:

Adakah emas yang dijadikan perhiasan seseorang wanita perlu ditunaikan zakatnya. Kalau perlu berapakah nilai berat emas dan berapakah zakat yang perlu dikeluarkan.

Jawapan:

Barangan kemas (emas dan perak) yang dipakai oleh seseorang wanita tidak dikenakan zakat sekiranya tidak melebihi uruf (kebiasaan setempat) pemakaian barang kemas tersebut bagi seseorang wanita.

Jika melebihi uruf kebiasaan, ia dikenakan zakat. Walaubagaimanapun untuk mengetahui berapakah kiraan zakat yang perlu dikeluarkan dari barang kemas tersebut serta sukatan uruf bagi sesuatu tempat, anda boleh menghubungi kaunter pungutan zakat yang berhampiran dengan tempat anda.

Soalan 3:

Apakah hukum bagi seseorang muslimah sekiranya di luar memakai tudung tapi bila berada di tempat kerja memakai skirt, uniform yang sudah ditetapkan?

Jawapan:

Aurat wanita semasa berada di hadapan lelaki yang bukan mahramnya atau ketika berada di luar ialah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan.

Tidak ada keringanan di dalam persoalan menutup aurat. Para majikan juga hendaklah mempertimbangkan rekaan uniform pekerja yang sesuai bagi memenuhi ciri-ciri menutup aurat bagi pekerja muslimah.

Oleh itu sekiranya majikan tetap tidak membenarkan pakaian menutup aurat dipakai maka wanita muslimah dinasihatkan agar mencari pekerjaan yang sesuai dan memenuhi tuntutan syarak.

Soalan 4:

Bagaimana hendak membezakan air mazi , air mani dan air wadi untuk wanita?

Jawapan:

Air mani ialah cecair yang keluar ketika mencapai kemuncak syahwat ketika berjimak atau bermimpi hingga mengeluarkan mani. Hukum air mani adalah suci.

Walau bagaimanapun apabila keluar air mani, maka seseorang itu wajib mengangkat hadas besar iaitu mandi wajib.

Air mazi ialah air yang keluar ketika ghairah. Jika diyakini air yang keluar itu adalah air mazi, maka seseorang itu tidak wajib mandi hadas, memadai dia membasuh sahaja kemaluannya dan tempat yang terkena air mazi tersebut. Ini kerana air mazi adalah najis mutawassitah (pertengahan).

Air wadi pula ialah air putih pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita selepas membuang air kecil, atau mengangkat sesuatu barang yang berat atau kepenatan. Hukumnya adalah najis mutawassitah iaitu sama dengan air mazi dan tidak perlu mandi wajib memadai dengan membasuhnya sahaja.

Sekiranya air mazi dan wadi terkena pada pakaian ketika solat, solat tidak sah kerana kedua-duanya adalah najis mutawassitah.

Air mani tidak najis, jika terkena pakaian ketika solat, solat tidak batal



Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

26 February 2013

Giveaway: Saya nak domain percuma!!

Cik Admin | Tuesday, February 26, 2013 | 0Comments |
Nakkkkkkkk!!!! Mesti korang nak domain percuma kan..kalau blog yg masih blogspot tu mesti teringin sangat nak ada domain sendiri..heheee...Inilah masanya korang mesti dapatkan domain free ni..Cara caranya mudah sahaja.

1. Klik http://bit.ly/WcLvEM dulu.(Ikhlas okay)...^_^

2.Sila follow blog ini (wajib)

3.Like Facebook pages ini (Wajib)

4.Buat satu entry/post *Kenapa korang teingin sangat nak domain free.Bagi alasan dan sebab sebab..^_^

5.Tagkan kwn2 korang sekurang-kurangnya 3 orang and pastikan mereka join..hehhee..^_^

Hehe.itu aje syarat2 nyer.Entry yg paling best,akan di nilai dr segi kata kata,penyampaian and kesungguhan.Pemenang2 akan di pilih seramai 3 org sahaja .Domain percuma (.com ) selama setahun.Di samping itu 10 hadiah penyertaan akan di berikan kepada 10 peserta lain berupa topap,tudung dan Novel.Kalau penyertaan tak ramai,secara automatik give away di tutup.Apa tunggu lagi,join lah kkkkk...^_^


*Pesanan: Segmen di taip menggunakan iphone so nak tulis link pun tak jadik..banner segmen pun takda..kalau korang rajin korang buatlah banner giveaway dalam entri korang k..^_^....

Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

21 February 2013

Monolog Seorang Hamba :)

Cik Admin | Thursday, February 21, 2013 | 0Comments |

Di sana dia berdiri lagi
Seperti malam-malam yang lain
Sambil matanya menyoroti selimut langit
Mencari-cari kelip-kelip sinar kejora
Untuk menemaninya bermonolog

Tiada! Dengus hati kecilnya
Bulan juga tiada!
Apakah malam pekat ini akan dilalui tanpa teman alamnya?

Hatinya bermonolog senyap
Bagai menagih simpati semesta
Lewat kata-katanya yang terbuku dalam tusuk batinya
Kedengaran seperti dia ingin meluahkan segalanya
Hanya pada Illahi tempat dia mengadu


(dalam hatinya dia berkata):
Wahai Tuhanku pemelihat abduhnya, lihatlah diriku sekarang sedang menatap langit sendirian. Tiada lagi teman alamku menemaniku untuk kali ini. Betapa sepinya hidup tanpa berteman walau hanya dengan alam.


Tuhan, aku tahu Engkau tidak akan pernah meninggalkan aku walau aku jauh terusir ke penjuru dunia atau seluruh isi dunia menghambatku pergi ke planet lain. Aku tahu Engkau dekat denganku dan Engkau tidak akan pernah beredar daripadaku kerana Engkau adalah Tuhanku yang Maha Penyayang.



Ya Rahim, izinkan aku bermonolog denganMu bukan seperti hari-hari yang lepas. Sungguh tidak tertanggung rasanya untuk menyimpan semua pedih dalam kantung hati. Walau aku tahu Engkau Maha Tahu akan semua perkara tentangku. Tetapi, aku hanya ingin pada malam ini bermonolog padamu tentang resah ini.



Monolog cinta ini hanya kuungkapkan padaMu agar segala laraku pergi menghilang. Illahi, untuk beberapa kalinya, Alhamdulillah…Aku bersyukur kerana cintaMu padaku telah engkau manifestasikan melalui taburan hidayah dalam nuansa spritualku sebelum tanganku sempat menyentuh bayu angin cinta duniawi.

Ya Illahi
Kerana Engkau yang kupuja,
Aku menjauhi dia
di saat hatiku ingin berada bersama bayangannya

Kerana Engkau pemilikku
Aku berdagang merantau pergi
Ketika hatiku berlabuh padanya

Kerana Engkau Pemilik Cintaku
Aku menjauh bersembunyi dalam hutan belantara
Pada waktu hatiku mendesak untuk melihatnya

Kerana Engkau,Illahi
Kurobek semua cinta duniawi daripada berdenyut seiring hembusan nafasku

Dalam monolog itu juga dia mengharap:

Illahi, aku tahu dia sebelum ini adalah fatamorgana untukku. Bukan halal untukku. Maka pintaku, engkau utuskanlah ‘dia’ yang halal untukku. Agar cintaku padaMu bertambah memuncak tinggi ketika aku dan ‘dia’ bersama-sama menjadi teman beribadah; teman menasihati . Sesungguhnya, aku tidak mahu memilih ‘dia’ atau mengenalinya kecuali Engkau memilihnya dan memperkenalkannya padaku.

Monolog cinta ini kuimplementasikan
Dalam sebuah pengharapan


Untuk beberapa detik, dia menuntun kakinya sambil bibirnya bergetar menyebut,
Allah pasti akan mengabulkan doaku
Aamiin...


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Senarai Awal Telefon Terpilih Rebat Telefon 3G

Cik Admin | Thursday, February 21, 2013 | 0Comments |
Photobucket
SKMM telah pun keluarkan senarai telefon 3G yang terpilih dalam Pekej Komunikasi Belia atau Rebat RM200 Telefon Pintar 3G dalam bajek 2013.
Ramai beranggapan bahawa hanya telefon cap ayam yang terpilih kerana dalam pekej ini hanya sah untuk telefon 3G bawah dari harga RM 500. Bagi yang tidak tahu syarat permohonan boleh lihat di sini
Senarai awal telefon 3G terpilih dalam pekej komunikasi Belia :-
Alcatel One Touch Inspire 2
The Buzz Phone
HTC Wildfire
Huawei Ideos X3
LG Optimus L3
Ninetology Black Pearl II
Ninetology Palette
Nokia 2730
Nokia 7230
Nokia Asha 305
Nokia Asha 308
Nokia C2-03
Nokia Lumia 610
Samsung Galaxy Chat
Samsung Galaxy Mini
Samsung Galaxy Pocket
Samsung Galaxy Y
Sony Xperia Tipo
ZTE Acqua
ZTE V790
# Kemaskini terbaru. 
Rebat sah untuk semua jenis telefon pintar 3G


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Syarat Permohonan Rebat Telefon Pintar 3G

Cik Admin | Thursday, February 21, 2013 | 0Comments |
Photobucket
Rebat Telefon Pintar 3G atau Pakej Komunikasi Belia pendaftaran dan permohonan boleh dibuat melalui laman SKMM di laman web http://nbi.skmm.gov.my/ bermula daripada 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 kelak. Rebat akan diberikan sebanyak RM 200 ringgit.

Beberapa syarat pengguna dalam permohonan rebat telefon pintar 3G :-
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  • Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.
Sehingga kini hanya Senheng dan juga SenQ sahaja antara pengedar dan penjual yang akan menawarkan telefon pintar dengan Rebat Pakej Komunikasi Belia ini dan senarai telefon yang boleh menerima Rebat Pakej Komunikasi Belia ini masih belum disenaraikan.



Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Borang Online Rebat Telefon Pintar

Cik Admin | Thursday, February 21, 2013 | 0Comments |
Photobucket
Borang dalam talian untuk permohonan Rebat Telefon Pintar 3G sudahpun dubuka hari ini. Borang juga terdapat dalam 2 kategori iaitu untuk belia yang bekerja dan belia yang masih belajar. Untuk syarat permohonan boleh lihat sini dan senarai telefon yang tepilih boleh lihat sini.
Untuk mengisi borang penguna boleh membuka laman SKMM di komunikasibelia.skmm.gov.my. Pendaftaran adalah terhat siapa cepat dia dapat. Rebat hanya untuk 1.5 juta belia terawal sahaja.

# Jika penguna mempunyai masalah untuk membuka laman SKMM sila 'refresh' laman tersebut berulang kali kerana laman SKMM agak sesak dengan  pengunjung.


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Jom Beriklan Secara Percuma

Cik Admin | Thursday, February 21, 2013 | 14Comments |
Photobucket


Nie adalah salah satu cara  untuk bantu blogger2 lain terutamanya blogger baru untuk mempromosikan blog masing2. Dengan ini Zana dah pasang aplikasi baru iaitu anda boleh letak banner blog/website korang selama 24 jam  secara PERCUMA di blog ini  tapi berdasarkan prinsip "sapa cepat, dia dapat" la ye. Sebab tempat ada 5 ruang sahaja jadi jangan berebut2, sila ikut giliran, he3.

Buat masa sekarang ni Zana tetapkan tempoh masa selama 24 jam hari , lepas 24 jam hari  iklan tu akan hilang, tempoh masa tu mungkin akan berubah nanti kalau banyak permintaan. Iklan yang berunsur 18sx, skim cepat kaya, MLM atau yang Zana rasa tak sesuai akan dibuang. Harap anda faham.

Cara untuk pasang mudah saja, Pertama korang kena isi form kat bawah ni.
 
Nama : _________________________________
Url Blog : ______________________________
Url Banner (Saiz 125 x 125) : ____________________________
 
 
**Kalau korang dah siap isi form kat atas ni, korang copy and paste je dekat ruangan komen k..:)


 
 
*** Tq kepada yang rajin masuk blog nie, jangan lupa promosikan blog korang, he3.



Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

17 February 2013

Ini Sebabnya Kaki dan Tangan Wanita Sering Terasa Dingin

Cik Admin | Sunday, February 17, 2013 | 0Comments |
Photobucket
Ini Sebabnya Kaki dan Tangan Wanita Sering Terasa Dingin


Monolog Seorang Hamba - Pada waktu-waktu tertentu, mungkin kaki dan tangan Anda tahu-tahu terasa dingin hingga seperti menusuk ke tulang. Bahkan terasa dinginnya, terkadang kaus kaki, sarung tangan hingga mandi air panas pun tak cukup mampu menghangatkan Anda. Sebenarnya ada apa itu?
Kaki dan tangan yang dingin merefleksikan adanya proses alami di mana tubuh tengah menjaga agar organ-organ vital seseorang tetap aman dan hangat.
“Sel-sel reseptor panas yang letaknya kurang dari satu milimeter di bawah permukaan kulit-lah penyebab perubahan suhu pada kaki dan tangan seseorang,” tandas Michael Tipton, profesor di bidang fisiologi manusia dan terapan dari University of Portsmouth, Inggris.
Secara normal, kulit terjaga pada suhu yang nyaman berkat darah yang dipompa lewat pembuluh-pembuluh kapiler (pembuluh darah kecil). Tapi ketika sel-sel reseptor panasnya mendeteksi suhu dingin, mereka bereaksi dengan cara menutup kapiler-kapiler itu serta mengalihkan aliran darah (dan kehangatan) ke jantung, paru-paru dan organ internal lainnya. Proses ini sendiri biasa disebut dengan vasoconstriction.
Hebatnya, ketika kaki dan tangan terasa dingin, jumlah darah yang mengalir ke dalam kulit secara ekstrim dapat mencapai 0,02 liter per menit, padahal normalnya aliran darah ini bisa mencapai 2-3 liter per menitnya.
“Biasanya yang terasa paling dingin adalah tangan, wajah dan kaki karena kesemuanya terekspos atau terbuka. Tapi hal ini juga disebabkan tubuh cenderung ‘mengorbankan’ bagian-bagian tubuh tersebut untuk menghadapi ekstrimitas ini untuk menjaga agar organ internal tetap hangat,” terang Profesor Tipton seperti dikutip dari Daily Mail, Kamis (14/2/2013).
Itulah mengapa saat udara dingin, tangan wanita seringkali berubah warna menjadi putih hingga biru dan orang-orang yang bisa bertahan hidup dalam cuaca ekstrim harus rela kehilangan jari kaki atau tangan karena terkena frosbite. Pada sejumlah orang, biasanya wanita, proses ini dapat terjadi secara berlebihan. Jadi pembuluh darah mereka tetap menutup meski suhunya tak begitu rendah.
“Kami mengetahui dari beberapa studi bahwa jika Anda menurunkan suhu tubuh seseorang dengan menempatkannya di bawah suhu rendah maka vasocontriction-nya terjadi lebih cepat pada wanita. Aliran darah ke kulit menutup lebih cepat dan lebih intens ketimbang pria. Bahkan wanita butuh waktu lebih lama untuk menghangatkan tubuhnya kembali,” timpal Profesor Tipton.
Tapi meski dari luar wanita mungkin terlihat lebih merasakan dingin daripada pria, sebenarnya yang terasa lebih dingin itu hanyalah suhu kulitnya saja, bukan suhu tubuh secara menyeluruh.
Hal ini semata disebabkan oleh hormon yang dimiliki wanita yaitu hormon oestrogen yang bertugas mengatur pembuluh darah periferal pada wanita. Masalahnya jika kadar hormon ini tinggi maka wanita yang bersangkutan cenderung lebih sensitif terhadap suhu. Tak heran suhu tubuh wanita akan bervariasi selama siklus menstruasi karena kadar oestrogennya naik-turun.
Yang perlu diwaspadai adalah tangan dan kaki yang dingin pun bisa jadi gejala gangguan serius. Misalnya aliran darah di dalam tubuh terganggu karena salah satu pembuluh vena atau arteri di kaki mengalami penyempitan akibat tumpukan lemak atau peripheral arterial disease (PVD) maupun sindrom Raynaud (sistem sirkulasi darah mikro atau kapiler menjadi sangat sensitif).
Lalu apa yang bisa dilakukan untuk mengatasi kaki dan tangan dingin selain menggunakan penutup atau baju hangat? Sejumlah pakar menyarankan agar orang yang sering mengalaminya rutin melakukan olahraga ringan demi mengembalikan aliran darah ke otot dan kulit.
“Sebagian besar orang mengalaminya karena mereka berhenti berolahraga. Padahal jika Anda bersepeda ke tempat kerja atau rajin jogging saat cuaca dingin, hanya dalam waktu 4-5 menit saja badan Anda akan mulai merasa hangat,” ringkas Profesor Tipton.




Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Tiga golongan yang tidak diajak berbicara

Cik Admin | Sunday, February 17, 2013 | 1Comments |
Photobucket

“Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Tiga golongan yang tidak diajak berbicara oleh Allah pada Hari Kiamat dan tidak dilihatnya serta tidak diakuinya, bahkan bagi mereka siksa yang sangat pedih iaitu:

Pertama: Seseorang yang mempunyai air melimpah di tengah padang pasir dan tidak mahu memberi minum kepada seorang ibnu sabil yang kehausan.

Kedua: Seseorang menjual jualannya kepada orang lain setelah waktu Asar, kemudian bersumpah dengan nama Allah dan mengatakan bahawa dia pasti akan mengambilnya dengan harga sekian. Lalu dia (pembeli) percaya sahaja, padahal kenyataannya tidaklah demikian.

Ketiga: seseorang membuat janji setia kepada pemimpin kerana tujuan duniawi semata, bila diberi sesuatu dia menepati janji setianya, tetapi jika tidak diberi, maka dia pun ingkar (mengkhianati) pada janji setianya (kerana tidak puas hati)”.

(Hadis Riwayat Bukhari 13/201 dan Muslim 1/103)

Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata:

“Taat kepada Allah dan RasulNya wajib bagi setiap Muslim, taat kepada penguasa merupakan penguat ketaatan kepada Allah. Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasulnya dengan menjalankan ketaatan kepada penguasanya, pahalanya dijamin oleh Allah. Tetapi kalau taat kepada penguasa dalam hal-hal yang menguntungkan sahaja, bila diberi hal yang memenuhi kepentingannya ia taat dan sebaliknnya jika tidak diberi dia tidak akan taat, orang yang seperti itu pada hari akhirat tidak punya bahagian (pahala)”. (Majmu’ al-Fatawa. 35/16-17. Ibnu Taimiyah)
 
 


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

15 February 2013

Mengenal Dir

Cik Admin | Friday, February 15, 2013 | 0Comments |
Photobucket
Setengah daripada jalan mencapai makrifat itu ialah dengan mengenal diri seperti kata seorang sahabat Rasulullah SAW., Yahya bin Muaz Al-Razi ;

"Barangsiapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya".
Yahya bin Muaz mengambil faham daripada perkataan Nabi SAW. daripada pertanyaan seorang sahabat;
"Siapakah yang lebih mengenali TuhanNya, ya Rasulullah? Maka sabdanya yang lebih mengenal mereka dengan dirinya."

Ada pun mengenal diri itu tiga[3] macam iaitu;
  • Periksa dan memahami.
  • Membuat bandingan dan ukuran.
  • Lemah dan tertegah.
Bangun an
Bangunan

1. Periksa dan memahami.
Hendaklah dimusyahadahkan akan kejadian diri kita kepada dua pandangan iaitu;
a. Pandangan yang pertama kepada diri zhohir yang dijadikan akan dia daripada emapat anasir iaitu;
  • Api
  • Angin
  • Air dan
  • Tanah.
yang bermula daripada kejadian lembaga Nabi Adam ‘Alaihi-Salam. Setelah sempurna lembaga Adam maka dimasukkan ruh ke dalamnya lalu hidup ia bernyawa, bergerak, melihat, mendengar, dan sebagainya seperti firman Allah dalam Surah Al-Shod; 71-72 yang bermaksud;

"Ingat olehmu hai Muhammad ketika firman oleh Tuhan kamu bagi malaikatNya bahawa Aku jadikan manusia daripada pati tanah maka apabila aku sempurnakan dia dan aku masukkan ke dalamnya ruhKu, maka sekelian malaikat duduk dan sujud baginya".
Demikian juga dijadikan seorang perempuan yang bernama Hawa iaitu daripada jenis Adam juga seperti firmanNya dalam Surah An-Nisa’:1 yang bermaksud;

"Hai sekelian manusia, takutlah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu dan menjadikan isteri daripadaNya. dan daripada keduanya berkembang biak laki-laki dan perempuan yang banyak."
Ini bermakna, daripada Adam dan Hawa dijadikan akan segala keturunan melalui setitik air mani(Nutfah) yang dikandungkan di dalam rahim ibunya selama 40 hari kemudian dijadikan seketul daging (Mudghoh) kemudian pecah berupa berbagai; suatu bentuk lembaga manusia seperti firman Allah dalam Surah Al-Mukminun;14 yang bermaksud;

"Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia daripada pati berasal daripada tanah kemudian Kami jadikan akan pati tanah itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh(rahim), kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah; maka segumpal darah itu kami jadikan tulang; maka Kami bungkuskan tulang itu dengan daging kemudian jadikan itu makhluk yang berbentuk lain; maka Mahasuci Allah ialah Pencipta yang paling baik".

Kemudian apabila sempurna kandungan yang ghalib sembilan bulan lalu keluar dari perut ibunya berupa manusia yang lemah(bayi) kemudian beransur-ansur sedikit demi sedikit bertambah subur dan kuat yang lengkap dengan pancaindera yang lima iaitu;
  • Penjamah,
  • Perasa,
  • Pendengar,
  • Pelihat,
  • Pencium.
Akhirnya menjadi seorang manusia yang gagah kuat yang mempunyai pancaindera batin yang lima iaitu;
  • Khowatir,
  • Cita,
  • Niat,
  • 'Alim,
  • Fikir;
dan sempurnalah sepuluh pancaindera yang dinamakan INSAN.

Diri
Diri


b. Pandangan yang kedua kepada diri yang batin yang digelarkan nyawa atau Ruh yang telah diberikan nama oleh Arif bil-Lah dengan bermacam-macam nama. Setengah daripadanya menamakannya;
  • Syaiun Zat-tiah pada tatkala memandang pada Martabat Wahdah dimusyahadahkan pertama-tama nyata dalam Ilmu Allah itu Ruh Nabi Muhammad SAW. Daripada pancar benderang Israk Nur Muhammad itu zhohirlah sekelian alam dan segala yang benyawa. Setengah daripada Arif bil-Lah menamakan dia sebagai;
  • Alam Ma'ani iaitu tanda yang tersembunyi sungguh kuat nyata dalm Ilmu Allah tetapi tiada ia maujud. Ia tersembunyi dalam Wahdatul Wujud melainkan ibarat jua yang maujud pada keesaan diri Hak Allah Taala. Setengah Arif bil-Lah menamakanya sebagai;
  • Alam Laahut ertinya tanda kenyataan Zat dan setengah Arif bil-Lah menamakannya sebagai;
  • Alam Jabarut tatkala nyata ia pada martabat Wahdiah ertinya tanda kebesaran Zat dan sifatNya dan Af’alNya dan setengah daripada mereka menamakan sebagai;
  • A'yan Saabitah ertinya kenyataan yang amat teguh dan setengahnya menamakannya sebagai;
  • Alam Asror ertinya tanda menerima Asror(rahsia) Allah kerana ia tempat nyata Hak Taala.
  • Maka tatkala sudah menjadikan Allah Taala nyawa ; maka menjadi Ia akan Alam Arwah dan maujud ia dengan Qudrat Allah dan Iradatnya. Maka dinamakan dia Alam Malakut ertinya tanda milik yakni tiada sekali terlepas daripada Ampunya Milik. Ini dinamakan juga A'yan Khorijah kerana sudah zohir wujudnya menerima asar(bekas/sesuatu yang dijadikan) dan hukum Zat Lawazim yang nyata ibaratnya dan syaratnya kepada Martabat Wahdah dan Wahdiah kerana A'yang Khorijah itu A'yan Saabitah dan A'yan Saabitah itu yang menerima zhohir Sifat Allah dan Asma Allah dan A’yan Khorijah dan Alam Malakut ialah sekelian alam sama ada Alam Kabir(Besar) atau Alam Shoghir(Kecil).Dan setengahnya menamakannya;
  • Ruh Idhofi kerana lengkap pada tubuh yang menggerak dan mendiam dan sebagainya. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
  • Ruh Al-Qudus kerana ia suci daripada merasai mati dan daripada segala kecelaan dan sebagainya dan setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
  • Ruh Al-Amri kerana ia menerima perintah Allah memerintah tubuh. Setengah daripada mereka menamakannya pula sebagai;
  • Ruh Al-Amin kerana ia menerima firman Allah yang datang pada hati hamba yang yakin akan Hak Taala. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
  • Khotir ertinya gerak hati. Dan khotir itu ada empat macam iaitu;
  •  
    • Khotir Rahmaani iaitu apabila ia sentiasa berhadap dan musyahadah kehadirat Allah Taala; tidak memikirkan akan MaasyiwaLah(sesuatu yang lain daripada Allah).
    • Khotir Malaki iaitu apabila bertukar arah dan bergilir ganti. Kadang-kadang berhadap dan bermusyahadah ke Hadirat Allah Taala dan kadang-kadang sesuatu yang lain daripada Allah.
    • Khotir Nafsaani iaitu sentiasa berhadap kepada kegemaran dan kelazatan dunia dan kemegahan dan kemulian yang bergelumbang dengan Ajib, Riya’, Takbur, Suma’ah dan lain-lain lagi daripada segala sifat-sifat mazmumah.
    • Khotir Syathooni iaitu sentiasa gemar kepada pekerjaan yang derhaka dan jauh daripada berbakti dan beribadat.
Maka adalah sekelian itu daripada kelakuan Ruh pada badan yang datang sekelian itu daripada Feil (Kelakuan) yang Hakiki. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
  • Akal kerana mengeluarkan fikiran dan kira bicara dan setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
  • Nafsu kerana angkuh dan dholim dan setengah menamakannya sebagai;
  • Qalbu kerana bertukar berbolak-balik sekali berhadap kepada Allah; sekali berhadap kepada dunia.
Adalah diri yang dhohir dan yang batin terdiri padanya tiga perkara iaitu;
  • Jisim iaitu susunan kulit, daging, tulang. urat, darah, lendir dan sebagainya.
  • Jauhar iaitu Ruh atau nyawa
  • 'Aradh iaitu kelakuan dan rupa pandangan seperti panjang, pendek, tinggi, rendah, putih, hitam, bertemu, bercerai, baik, jahat dan sebagainya.
2. Membuat bandingan dan ukuran
Kejadian tubuh jasmani manusia itu mempunyai beberapa hikmah dan rahsia yang menyamai rahsia kejadian langit dan bumi. maka eloklah penulis cuba memberi gambaran perumpamaan dengan serba ringkas dalam Ilmu Tasrikh iaitu ilmu kejadian manusia.
  • Bahawa manusia mempunyai 360 tulang yang menyamai dengan 360 darjah pada bulatan bumi.
  • Manusia juga mempunyai 17 sendi yang besar-besar kerana lazim manusia jaga pada tiapa-tiap sehari semalam tujuh belas jam iaitu 3 jam pada awal malam dan 2 jam pada awal siang dan 12 jam pada masa siang. Maka dalam 17 jam inilah gerak-geri anggota yang 17 sendi itu melakukan kebajikan atau kejahatan; maka diwajibkan dan difardukan ke atas manusia mengerjakan sembahyang lima waktu dalam sehari semalam sebanyak 17 rekaat.
  • Urat-urat besar dalam badan manusia berjumlah 12 urat iaitu jadi ibarat 12 bulan setahun dan 12 jam pada siang dan 12 jam pada malam.
  • Dikatakan juga bilangan rambut manusia ada sebanyak 124 000 iaitu supaya mengingatkan bagi kita bilangan Nabi-nabi yang diikhtilafkan ulama sebanyak 124 000 orang dan banyak lagi rahsia-rahsia kejadian tubuh manusia yang sengaja ditinggalkan.
Gelap bercahaya
Gelap bercahaya

Pendek cakapnya tidak ada satu kejadian yang boleh menyamai dengan kejadian manusia pada nisbah elok dan baik perdiriannya dan mulia keadaannya dan tinggi darjatnya jika hendak dibandingkan dengan kejadian-kejadian yang lain seperti firman Allah dalam Surat Al-Tin;4 yang bermaksud;
"Demi sesungguhnya kami jadikan manusia itu seelok-elok kejadian"
dan tidak ada satu kejadian yang diperintah oleh Allah Taala kepada malaikat supaya memberi hormat dan tahiyat melainkan manusia(Adam) dan juga menyebabkan syaitan dimurkai oleh Allah dan dikutuk akan dia kerana ingkar pada perintah Allah yang diperintahkan kepadanya supaya memberi hormat dan tahiyat kepada manusia(Adam). Dijadikan sekelian perkara ini untuk manusia dan dilengkapi pada manusia sifat Ma’ani yang tujuh kerana tempat menerima Asar(bekas) Sifat Ma’ani Qadim yang dinamakan Naskhah Al-Haq.
3. Lemah dan Tertegah
Apabila dimusyahadahkan akan kejadian diri samada diri yang zhohir atau diri yang batin, maka tak sampai akal manusia untuk memikirkannya seperti Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu. Maka sukar hendak memberi gambaran atau takrif yang mensifatkan daripada jenis apa??
Al-Quran memberi pengajaran sebagaimana firman Allah dalam Surah Al Israk;85 yang bermaksud;
"Akan ditanya akan engkau hai Muhammad tentang ruh; Kata olehmu Ruh itu adalah daripada urusan Tuhanku".
Oleh kerana sukar hendak membuat takrif, maka digelar oleh orang-orang ‘Ariffin dengan nama Lathifatul Rabaaniyah.
(Sumber: Perjalanan Suluk)

 


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

12 February 2013

LELAKI idaman WANITA

Cik Admin | Tuesday, February 12, 2013 | 2Comments |
 Photobucket
LELAKI idaman WANITA ~
dialah lelaki GANJIL ~

bagaimana ganjil tu ??
jom baca !!
 
● LELAKI yg berserban dan berkopiah serta menutup aurat dengan sempurna ketika kluar dari rumahnya ,, ganjil ??

● LELAKI yg berasa malu untuk keluar bersama bukan mahram nya seperti remaja lain ,, ganjil ??

● LELAKI yg tidak prnah mengendong mne2 wanita bukn mahramnya diatas motor ,, ganjil ??

● LELAKI yg berseluar panjang walaupun ketika bermain bola sepak atau mna2 sukan ,, ganjil ??

● LELAKI yg berbaju melayu atau kemeja dgn sluar panjang ketika kluar rumah ,, ganjil ??

● LELAKI yg meleraikan pergaduhan antara sahabat2nya dan mlarang org lain merakam video ,, ganjil ??

● LELAKI yg solat 5 waktu dan berpuasa penuh dibulan ramadhan dan tidak mninggalnya ,, ganjil ??

● LELAKI yg tidak suka melepak ditengah2 malam bersama sahabat yg lain ,, ganjil ??

● LELAKI yg tak suke bermeseg2 lucah dgn mna2 wanita bukn mahramnya ,, ganjil ??

● LELAKI yg tak 'couple' sebelum nikah dan tak suke mengajak untuk bercouple ,, ganjil ??

● LELAKI yg tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama ,, ganjil ??

sabda RASULULLAH s.a.w :

" ISLAM bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil .. dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya .. dianggap asing dan ganjil .. maka beruntunglah orang-orang yang GANJIL "
(H.R. MUSLIM)

p/s : jd mung lebh suke memilih khdupan 'ganjil' atau mung akn BERENDAM dlm lautan neraka ?? hidup mung pilihan mung ..


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Adab Bersembang

Cik Admin | Tuesday, February 12, 2013 | 0Comments |
Photobucket

Sesungguhnya Islam agama yang indah. Setiap perkara mempunyai adab dan aturannya yang tersendiri. Semuanya diajarkan Nabi SAW sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti masuk dan keluar tandas.
Pernah terjadi beberapa orang Musyrikin mengejek Salman al-Farisyi r.a., kata mereka,
"Nabi kamu mengajarkan semua benda sehingga perkara berkaitan istinjak. Kata Salman, "Memang benar! Nabi kami menegah daripada membuang air besar atau kecil dalam keadaan menghadap kiblat, beristinjak menggunakan tangan kanan, beristinjak kurang daripada tiga biji batu." (Hadis Riwayat Muslim)
Antara adab yang selalu dipandang ringan oleh umat Islam adalah adab bersembang. Apakah perbualan atau cara kita bersembang setiap hari menepati tuntutan Islam?

1. Suara yang rendah dan lembut.

Menurut Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah, meninggikan suara terhadap seseorang itu menunjukkan kurangnya hormat kita kepada mereka. Seeloknya kita bercakap dengan kadar yang sederhana, sebagaimana yang kita inginkan apabila mendengar daripada seseorang.
Adab ini perlu diamalkan sama ada ketika bersama sahabat mahupun musuh, orang yang dikenali mahupun tidak, orang kecil mahupun dewasa. Lebih- lebih lagi ketika bersama kedua-dua orang tua dan orang yang setaraf dengan mereka.
Menurut Abdullah bin Zubair r.a., selepas turunnya ayat ke-2 surah al-Hujurat iaitu "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi".  Sayidina Umar r.a. terus berubah sikapnya. Sekiranya bercakap dengan Nabi, dia akan bercakap seperti orang berbisik-bisik sehingga terpaksa disuruh ulang beberapa kali kerana tidak dapat difahami .
Imam Zahabi menyebut, "Jikalau orang tidak mengenali siapa Muhammad bin Sirin (ulama Tabi'in), mereka akan menyangka dia seorang yang sakit kerana terlalu rendah suaranya apabila bercakap dengan ibunya." Lihatlah, betapa beradabnya golongan salaf dalam berkata-kata.

2. Tidak menunjuk pandai.

Antara adab bersembang juga, kita tidak memalukan sahabat kita dengan menzahirkan kepada mereka apa yang kita ketahui sedangkan mereka tidak memahaminya. Sabda nabi SAW,

"Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka."

(Hadis Riwayat Muslim)
Contohnya jikalau kita seorang pakar ekonomi dan berhadapan dengan seorang petani kampung, elakkan bercakap tentang kerja kita yang jauh di luar bidang mereka serta sukar difahami dengan mudah. Sebaik-baiknya, tunjukkanlah perhatian kepada mereka dan lebihkan mendengar daripada berkata-kata.
Seorang Tabi'in yang terkenal iaitu Imam Ata' bin Abi Rabah berkata, "Seorang pemuda menceritakan kepadaku sebuah kisah. Aku mendengarnya dengan teliti seolah-olah aku tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Sebenarnya aku telah mendengar kisahnya itu sebelum dia dilahirkan lagi."
Khalid bin Safwan berkata, "Jikalau seseorang bercerita dan aku telah mendengarnya sebelum ini, atau perkara itu telah kuketahui, aku tidak akan menyampuknya. Aku bimbang dia akan menyedari yang aku telah mengetahuinya."
Begitulah cara ulama-ulama menjaga pergaulan mereka. Mereka tidak meringan-ringankan kata-kata seseorang walaupun perkara tersebut sudah diketahui.

3. Biarkan mereka menghabiskan ucapan.

Sekiranya kita musykil tentang sesuatu yang diperkatakan, hendaklah bersabar sehingga seseorang menghabiskan ucapannya. Kemudian, soallah dengan adab dan berhemah. Jangan memotong di tengah-tengah percakapan. Ia akan menghilangkan adab serta menimbulkan rasa tidak senang orang yang sedang bercakap. Melainkan ketika dalam kelas pengajian, kita boleh bertanya dan berbincang sekiranya guru mengizinkan.
Menurut Ibrahim bin al-Junaid, "Belajarlah cara mendengar yang baik sepertimana kamu belajar cara bercakap yang baik. Antara ciri pendengar yang baik juga adalah membiarkan seseorang menghabiskan kata-katanya, bercakap menghadap tubuhnya dan bertentangan wajahnya serta tidak menyampuk sekiranya dia membicarakan sesuatu yang sudah kamu ketahui."
Nabi SAW apabila diseru seseorang, Baginda tidak sekadar memalingkan muka bahkan menghadapkan seluruh tubuhnya kepada orang tersebut. Inilah bukti keindahan pekerti Rasulullah SAW.
Sama-samalah kita mengamalkan adab yang indah ini. Walaupun nampak ringan dan kecil, pasti ada kelebihan pada setiap amalan yang dianjurkan ulama-ulama Islam. Kata pepatah Arab, "Jangan kamu memandang ringan benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu terhasil daripada debu-debu yang halus."
Rujukan: Kitab Min Adabil Islam, Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah
Nota : Artikel ini pernah dimuatkan dalam majalah Anis beberapa bulan yang lalu.

 


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

11 February 2013

Manusia menolak cinta

Cik Admin | Monday, February 11, 2013 | 0Comments |
Photobucket
Ada manusia yang menolak cinta seseorang perempuan hanya kerana dosa silam perempuan itu .

1. Dulunya perempuan itu , pernah bercinta dengan lelaki lain .
2. Dulunya perempuan itu , tidak menutup aurat .
3. Dulunya perempuan itu , bersosial dan bergaul bebas .
4. Dulunya perempuan itu , pernah terlanjur dengan lelaki lain .

Sedangkan kini perempuan itu sudah taubat dari dosa silamnya . Sudah solehah amalannya dan sudah baik akhlaknya .

Lelaki itu adalah lelaki yang tidak mahu menerima hakikat insan , sedangkan perempuan yang bertaubat itu sudah diangkat darjat mulia oleh Allah .

Kerana manusia yang soleh dan solehah itu akan berperang melawan nafsu dan dirinya lebih mulia di sisi Allah berbanding malaikat yang taat .


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design By Saidatul Qifayah | For ! MSH PRODUCTIONS 2013-2014 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome