4 April 2013

Home » NIKMAT KERANA SAKIT, SAKIT DIKATAKAN NIKMAT? RENUNG-RENUNGKAN..

NIKMAT KERANA SAKIT, SAKIT DIKATAKAN NIKMAT? RENUNG-RENUNGKAN..

Cik Admin | Thursday, April 04, 2013 | 0Comments |
Photobucket



Salah satu kisah diceritakan daripada Syaddad bin Aus dan Shu Nabihi, semoga Allah meredhai keduanya.

Suatu hari keduanya telah pergi menjenguk seorang lelaki yang sedang sakit, lalu keduanya bertanya kepada lelaki tersebut:

“Bagaimana keadaanmu pada pagi hari ini?”

Lelaki itu menjawab:
“Pada pagi ini aku berada dalam penuh kenikmatan.”

Maka berkata pula Syaddad kepadanya:

“Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang dapat menghapuskan dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda; Sesungguhnya Allah Azza Wajalla berfirman; Apabila Aku menguji seseorang daripada hamba-hamba-Ku disebabkan ujian-Ku itu, maka sesungguhnya dia akan bangkit dari tempat tidurnya seperti semasa dia dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala kesalahan.”

Rasulullah S.A.W bersabda:
 
 “Aku mengagumi seorang mu'min kerana selalu ada kebaikan dalam setiap urusannya. Jika ia mendapatkan kesenangan, ia bersyukur (kepada Allah) sehingga di dalamnya ada kebaikan. Jika ditimpa musibah, ia berserah diri (dan menjalankannya dengan sabar) bahawa di dalamnya ada kebaikan pula.” - Hadith Riwayat Muslim.

#Alhamdulillah wa Syukurillah.. Semoga Allah S.W.T mengurniakan nikmat dan maghfirahNya kepada kita di atas segala rasa sakit yang pernah kita lalui selama ini.. ツ


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design By Saidatul Qifayah | For ! MSH PRODUCTIONS 2013-2014 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome