9 April 2013

Home » » Dasyat: Mayat busuk di Kampung Tanduo

Dasyat: Mayat busuk di Kampung Tanduo

Cik Admin | Tuesday, April 09, 2013 | 0Comments |
Photobucket
SUKA blog ini di Facebook?



LAHAD DATU – Bau busuk menyelubungi kawasan sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tanduo di sini apabila pasukan penyelamat mengeluarkan mayat 15 puak pengganas Sulu yang dikeluarkan dari tiga buah lubang.

Kesemua mayat yang rata-rata sudah reput dan hanya tinggal tulang tersebut dipercayai ditanam di situ selepas mati ditembak dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 1 Mac lalu. Salah satu mayat itu merupakan mayat pengganas wanita.

Mayat itu dipercayai telah ditanam oleh pengganas Sulu yang terselamat dalam pertempuran tersebut.

Mayat itu dikeluarkan oleh pasukan keselamatan dan pegawai unit forensik dengan dikawal oleh anggota yang lengkap bersenjata api. Operasi mencari dan mengesan lubang itu bermula pada pukul 1 petang.

Kerja menggali ‘pusara’ pengganas itu bermula seawal jam 1 tengah hari semalam diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Senior Asisten Komisioner Omar Mammah dan dibantu penduduk tempatan.

Bagaimanapun, katanya, kerja menggali semua kubur itu terhenti hampir satu jam akibat hujan lebat.

Kerja mengeluarkan mayat kemudian disambung semula kira-kira jam 3.30 petang sebaik hujan mulai renyai dan semua mayat berjaya dikeluarkan sekitar jam 7 malam.



Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design By Saidatul Qifayah | For ! MSH PRODUCTIONS 2013-2014 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome