5 March 2013

Home » Penceroboh BOLOS dari Kg Tanduo...? [Video...]

Penceroboh BOLOS dari Kg Tanduo...? [Video...]

Cik Admin | Tuesday, March 05, 2013 | 0Comments |
Photobucket

Penduduk dakwa penceroboh bolos dari Kg Tanduo

Penduduk kawasan Tanjung Batu dan Tanjung Labian meninggalkan kampung mereka beramai-ramai hari ini ekoran dakwaan bahawa kumpulan penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo membolosi kawalan pihak keselamatan.

Seorang penduduk kampung Gabril Asakil, 48, berkata seramai 50 orang penceroboh memasuki kampung mereka di Tanjung Batu untuk mendapatkan barangan keperluan.

Katanya, penduduk kampung keluar daripada kampung pada waktu malam dan hanya akan kembali pada waktu pagi.

"Apabila kami pulang pada waktu pagi, kami dapati mereka sudahpun menduduki kampung kami," katanya.

Gabril berkata beliau pasti bahawa golongan yang menawan kampung tersebut merupakan penceroboh dari Kampung Tanduo dan perkara ini disahkan oleh penduduk yang tidak dapat melarikan diri.

“Penceroboh itu menghantar dua orang daripada orang kampung kami untuk membeli makanan, tapi tentulah mereka melarikan diri.

"Mereka memberitahu kami orang imi memang penceroboh dari Kampung Tanduo," katanya.~ M'kini





Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design By Saidatul Qifayah | For ! MSH PRODUCTIONS 2013-2014 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome