6 March 2013

Home » NASIHAT yang AMAT BERGUNA UNTUK WANITA & UNTUK PENGETAHUAN KAUM LELAKI JUGA

NASIHAT yang AMAT BERGUNA UNTUK WANITA & UNTUK PENGETAHUAN KAUM LELAKI JUGA

Cik Admin | Wednesday, March 06, 2013 | 0Comments |
Photobucket
Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan

Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang 
yang anda jumpai. 

Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bahagi- 
kanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. 

Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk 
menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. 

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala 
ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. 

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu sentiasa berubah, 
diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan 
seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, 
ingatlah sentiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan sentiasa ada tangan terhulur. 

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah 
diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi 
untuk menolong orang lain 

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang 
dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir 
rambutnya. 

Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. 

Kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang. Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. 

Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
"


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design By Saidatul Qifayah | For ! MSH PRODUCTIONS 2013-2014 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome