29 July 2012

Beruntungnya kita

Cik Admin | Sunday, July 29, 2012 | 0Comments |
Photobucket
Photobucket
 
 Kita sangat beruntung, lahir dalam keadaan islam, bagaimana dengan rekan-rekan, teman-teman dan saudara saudara kita yang lahir dalam keadaan non-muslim ?. Mereka harus melakukan pencarian kebenaran, belajar, dan berusaha hingga hidayah Allah sampai kepadanya. Yang dibutuhkan adalah usaha, yaitu berusaha dengan keras, dan sungguh-sungguh siapakan pencipta alam semesta, mencari Allah swt. Apabila telah berusaha, hasil akhir Allah lah yang menentukan apakah mereka akan kembali ke agama fitrah ini.

Bagaimana dengan kita ? yang lahir dalam keadaan islam. Bahkan banyak dari kita, hanya melakukan ibadah sekedar ritual, sehingga tingkah laku tidak berubah kearah lebih baik. bobroknya negara kita karena sifat demikian. Walaupun kita telah muslim, mencari kebenaran, dan memikirkan penciptaan merupakan sesuatu yang sangat penting, karena akan menambahkan keimanan kita yang seyakin yakin nya tanpa ungkapan agama keturunan.

Seperti ayat Ali Imran 192 ;

Artinya:


(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (3: 191)

FACEBOOK PAGES. CLICK HERE!!
WATCH TV ONLINE HERE
Sekiranya tidak Dapat Menonton Disini.. Anda boleh
Tonton Di SINI


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

28 July 2012

Insomnia? Coba Minum Madu!

Cik Admin | Saturday, July 28, 2012 | 0Comments |
Photobucket
Photobucket

 Insomnia? Coba Minum Madu!   


KITA sudah tidak asing lagi dengan khasiat madu, sudah dikenal sangat banyak manfaatnya bagi kesihatan manusia. Rasulullah pun menganjurkan kepada umatnya untuk sentiasa minum madu untuk pengubatan dan daya tahan tubuh. Tak heran pula bila masyarakat India menjadikan madu sebagai pengubatan tradisional atau Ayurveda sejak empat ribu tahun lalu. Berikut lima daftar keajaiban madu pada tubuh manusia:
  1. Sebagai sumber alami karbohidrat. Madu  boleh meningkatkan daya tahan, dan mengurangi kelelahan otot.
     
  2. Madu tropikal sangat membantu untuk mengubati ulkus (luka terbuka pada permukaan kulit atau selaput lendir) diabetes.
     
  3. Madu memiliki pencegah karsinogen (zat penyebab cancer) dan anti-tumor.
     
  4. Sangat berguna untuk mengubati berbagai penyakit termasuk radang sendi
     
  5. Bagi anda sering mengalami insomnia, cubalah satu senduk teh madu yang dicampur segelas susu panas, boleh membantu mengubati penyakit susah tidur.
Selain lima khasiat madu di atas, tentunya masih banyak lagi manfaat lainnya. Jadi, minum madu? Why not?

 
FACEBOOK PAGES. CLICK HERE!!
WATCH TV ONLINE HERE
Sekiranya tidak Dapat Menonton Disini.. Anda boleh
Tonton Di SINI












Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

27 July 2012

NIAT PUASA RUMI 2012 | RAMADHAN 1433 HIJRAH

Cik Admin | Friday, July 27, 2012 | 0Comments |
Photobucket
Photobucket
Post image for NIAT PUASA RUMI 2012 | RAMADHAN 1433 HIJRAH
 
NIAT PUASA RUMI 2012 | RAMADHAN 1433 HIJRAH | Dalam sebulan lagi, seluruh umat Islam didunia ini akan merayakan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keinsafan. Bulan Ramadhan juga menjadi rebutan para umat Islam dalam mencari keredhaan Allah SWT.
Jadi Zana wujudkan perkongsian niat berpuasa dan juga doa berbuka puasa dalam bahasa rumi bagi mengingatkan kembali kepada semua muslimin dan muslimat sekalian agar tak tergagap-gagap keesokan harinya ketika tibanya bulan Ramadhan. Baik juga untuk mengajar anak-anak kecil untuk menghafal niat serta doa berbuka puasa.
Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara’ bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu. Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.
Di sini zana sediakan bacaan niat puasa menggunakan huruf rumi bagi mewakili bunyi niat puasa di dalam bahasa Arab.  Adalah di nasihatkan agar mendengar serta belajar dari guru agama yang bertauliah bagi membezakan bunyi atau sebutan sebenar niat yang telah dirumikan.

Lafaz niat puasa hari-hari :
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa  ( Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala ) 
Lafaz niat puasa sebulan (Bahasa Melayu) :
Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Niat berbuka puasa :
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin ( Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang ) 
Waktu berniat puasa  :
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

  Photobucket
 
FACEBOOK PAGES. CLICK HERE!!
WATCH TV ONLINE HERE

Sekiranya tidak Dapat Menonton Disini.. Anda boleh
Tonton Di SINI


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

PANDUAN LENGKAP SOLAT SUNAT TARAWIH | RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H

Cik Admin | Friday, July 27, 2012 | 0Comments |
Photobucket
Photobucket
 Post image for PANDUAN LENGKAP SOLAT SUNAT TARAWIH | RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H

Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih | Cara-Cara Sembahyang Tarawih

Doa-Doa Dalam Solat Tarawih | Sempena sambutan Ramadhan Al-Mubarak yang semakin rancak setelah sehari kita berpuasa, marilah sama-sama kita hayati solat sunat terawih dan sama-sama membetulkan diri jika ada kesilapan dalam adab ketika solat dan doa-doa yang dibaca ketika solat sunat terawih. Semoga amalan kita diterima Allah S.W.T. Insyallah.
Hukum solat sunat Terawih ialah sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan samada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.

Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih

Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih
(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)

——————————————————————-

Bacaan Surah

Selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu. Dari malam 1 hingga 15 Ramadan, pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah al-Takatsur hingga surah al-Lahab.
Susunan surah-surah adalah seperti :
Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat kedua dibaca satu surah seperti bacaan rakaat yang pertama bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.

——————————————————————-

Sembahyang Witir Sebanyak Tiga Rakaat

Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan solat sunat Witir selepas solat sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat Witir ini ditunaikan secara berjemaah. Salam selepas dua rakaat yang pertama, diikuti satu rakaat lagi dan salam. Bilal memberitahu tentang solat sunat Witir yang akan dikerjakan selepas ini dengan menyebut:
Bagi sembahyang witir seperti ini tidak ada bacaan tasyahud (tahyat) awal. Mulai malam 16 Ramadan kita disunatkan membaca qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang subuh. Jika tidak membaca qunut, sunat dilakukan sujud sahwi.
-
Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua memperingati amalan sunat yang hanya datang dalam bulan Ramadhan. Sama-samalah kita merubut fadhilatnya. jika ada kekurangan atau kesilapan harap ditegur. Wallahualam.

SUMBER: ABGTEROR.COM
   Photobucket
 
FACEBOOK PAGES. CLICK HERE!!
WATCH TV ONLINE HERE
Sekiranya tidak Dapat Menonton Disini.. Anda boleh
Tonton Di SINI



Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2012 BAGI SELURUH MALAYSIA

Cik Admin | Friday, July 27, 2012 | 0Comments |
Photobucket
Photobucket
 
 WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2012 BAGI SELURUH MALAYSIAJadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012 bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1433 Hijrah. Semoga Ramadhan tahun ini adalah lebih baik amalannya dari tahun-tahun sebelumnya dan marilah kita bersama-sama memanfaatkan bulan yang mulia pada tahun ini insyallah. Berikut adalah jadual waktu berbuka dan imsak bagi negeri-negeri seluruh Malaysia pada tahun ini, 2012 Masihi. Semoga amalan kita diberkati Allah S.W.T. Insyallah.


WAKTU BERBUKA PUASA & IMSAK 2012
MELAKA
MELAKA 2 JOHOR
3 PERAK
4 SARAWAK
5 SABAH
6 TERENGGANU
7 KELANTAN
8 SELANGOR
9 PAHANG
10 WILAYAH PERSEKUTUAN
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
12
PERLIS
13 NEGERI SEMBILAN
14 KEDAH
15
PULAU PINANG

Photobucket

FACEBOOK PAGES. CLICK HERE!!
WATCH TV ONLINE HERE
Sekiranya tidak Dapat Menonton Disini.. Anda boleh
Tonton Di SINI






Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

25 July 2012

Bacaan Doa Qunut Dalam Jawi dan Rumi.

Cik Admin | Wednesday, July 25, 2012 | 0Comments |




Allah humah dini fiman hadait.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a’tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
 
 
 
 FACEBOOK PAGES. CLICK HERE!!
WATCH TV ONLINE HERE
Sekiranya tidak Dapat Menonton Disini.. Anda boleh
Tonton Di SINI




Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Untungnya menjadi seorang isteri.. ♥

Cik Admin | Wednesday, July 25, 2012 | 0Comments |
Photobucket
Photobucket
Untungnya menjadi seorang isteri.. ♥

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”


2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”


3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8 ) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”
 Photobucket 
 FACEBOOK PAGES. CLICK HERE!!
WATCH TV ONLINE HERE
Sekiranya tidak Dapat Menonton Disini.. Anda boleh
Tonton Di SINI



Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

21 July 2012

Apa Hukum Bersugi (Berus Gigi) Pada Waktu Berpuasa

Cik Admin | Saturday, July 21, 2012 | 0Comments |
Photobucket
Photobucket

Alhamdulillah dikesempatan yang ada ini saya dapat membuat satu artikel yang berkaitan dengan masalah bersugi pada waktu siang puasa di Bulan Ramadhan. Ramai umat Islam di luar sana tidak mengetahui apa hukum bagi orang yang bersugi pada waktu siang hari puasa. Ada berbagai pendapat ulamak tentang masalah ini. Jadi saya mengambil satu inisiatif menyiapkan artikel yang berkaitan masalah bersugi siang hari berpuasa untuk memecahkan kebuntuan yang dihadapi oleh pihak-pihak yang memerlukan.

Hukum bersugi ketika puasa adalah harus dan ini berdasarkan kepada hadis dari Abu Hurairah ra yang bermaksud :
“Seandainya aku tidak memberatkan umatku, nescaya aku perintahkan mereka bersiwak pada setiap kali wudhuk” (Riwayat Imam Malik, Ahmad, Nasai)

Rumusan yang dapat diambil dari hadis di atas ini ialah tiada penegahan bersugi atau bersiwak di waktu puasa Bulan Ramadhan. Maka tidak haram bagi sesiapa yang ingin membersihkan gigi mereka pada waktu berpuasa. Makruh bagi sesiapa yang bersugi untuk menghilangkan bau mulut mereka yang berpuasa, ini berdasarkan kepada hadis yang bermaksud :
“Sesungguhnya bauan mulut orang yang berpuasa itu pada hari kiamat adalah lebih baik di sisi Allah daripada bauan haruman kasturi".
 
Orang yang bersugi ketika waktu zohor (tengahari) ke atas, boleh membuatkan puasa mereka menjadi makruh kerana dapat menghilangkan bau mulut dari hasil puasa mereka. Begitu juga orang yang berlebihan dalam bersugi. Pendapat ini adalah dari ulamak Syafie.

Ada setengah orang bersugi hingga muntah-muntah, hal seperti ini boleh membatalkan puasa kerana mereka sengaja menyebabkan muntah. Hendaklah berhati-hati dalam bersugi jangan disebabkan untuk membersihkan gigi atau amalan sunat dapat membatalkan amalan yang telah diwajibkan oleh Allah seperti puasa Bulan Ramadhan.

Sheikh Muhammad Ibn Saleh al-Uthaimin mengatakan bahawa menggunakan ubat gigi ketika berpuasa di Ramadhan dan selainnya tidaklah mengapa baginya selagi tidak ia masuk dalam perut. Tetapi lebih baik ditinggalkan dari melakukannya kerana atasnya itu mengandung pengaruh yang kuat untuk menembusi perut sedangkan insan itu tidak menyedarinya. Kerana itu, Rasulullah saw bersabda kepada Qait bin Sabrah : "Berlebihanlah dalam berkumur melainkan engkau berpuasa." Maka, lebih aula tidak menggunakan ubat gigi ketika mengerjakan puasa dan ada banyak masa. Jadi apabila diakhirkannya hingga sampai waktu berbuka puasa, maka dia memelihara puasanya dari apa sesuatu yan merosakkannya.

Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa adapun mengenai ubat gigi, maka perlulah dia menjaga dari berlebihan supaya tidak dia masuk sesuatupun darinya ke dalam perut dan inilah pendapat yg dikeluarkan oleh kebanyakan ulamak. Maka aula dijauhkan muslim dari melakukannya dan dia mengakhirkan kepada selepas berbuka puasa. Akan tetapi, apabila melakukannya hendaklah dia berhati-hati padanya. Tetapi jika dia berhati-hati dan termasuk juga sesuatu ke dalam perutnya, maka ia dimaafkan. 
Allah swt berfirman :  
 
"Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Dan Nabi saw bersabda : "Diangkat dari umatku kesilapan, kelupaan dan apa sahaja yang dipaksakan atasnya."

Kesimpulan yang dapat diambil dari dua pendapat ini ialah lebih baik jangan kita gunakan ubat gigi sebab ditakuti boleh membatalkan puasa dengan cara kita tertelan sedikit ubat gigi atau air yang digunakan untuk berkumur. Selain dari itu juga, ubat gigi juga boleh menghilangkan bau-bauan mulut orang yang berpuasa. Lebih eloklah menggunakan ubat gigi apabila waktu sesudah berbuka puasa.

Menurut pendapat Imam An-Nawawi mengatakan bahawa dibolehkan seseorang itu berkumur tidak melebihi tiga kali dan selebihnya boleh membatalkan puasanya jika ia tertelan. Persoalannya boleh kita menahan dari tidak tertelan air tersebut, sebab air itu sudah bercampur dengan air liur. Maka lebih baik kita elakkan dari membuatkan puasa kita terbatal disebabkan kelakuan kita sendiri.
  
Photobucket
  FACEBOOK PAGES. CLICK HERE!!
 
WATCH TV ONLINE HERE
Sekiranya tidak Dapat Menonton Disini.. Anda boleh
Tonton Di SINI



Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Bulan Tanpa Syaitan

Cik Admin | Saturday, July 21, 2012 | 0Comments |
Photobucket

Photobucket
 

Tiada kata-kata indah yang layak diucapkan selain ucapan syukur ke atas segala nikmat yang di berikan oleh Allah SWT ke atas diri kita dikala ini.
Dengan izin Allah SWT juga sekali lagi pada tahun ini kita bertemu dan berkesempatan menyambut satu bulan yang di dalamnya penuh dengan kerahmatan, keberkatan dan keampunan iaitu bulan ramadhan al-mubarak.
Apabila tibanya bulan ramadhan, seluruh umat Islam akan menjalani kewajipan ibadah puasa yang merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima.

Pada bulan ramadhan juga, jin dan syaitan diikat dan dibelenggu. Manakala Allah menutup pintu-pintu neraka dan membuka seluas-luasnya pintu syurga. Masyaallah inilah di antara keistimewaan bulan ramadhan. Hal ini berdasarkan Sabda Rasulullah SAW :

“Apabila datang malam pertama bulan Ramadhan, dibelenggulah syaitan dan jin, ditutuplah pintu-pintu neraka, dan dibukalah pintu-pintu surga, kemudian diserukan: wahai orang yang mendambakan kebaikan, datanglah!! dan wahai orang yang benci kepada kebaikan, bermalaslah!!. Dan sesungguhnya dalam bulan Ramadhan ini setiap malamnya Allah membebaskan orang-orang yang dikehendakiNYA dari api neraka. (Hadis riwayat Tirmizi)
Sedar tak sedar sudah empat hari kita berpuasa. Justeru itu, di kesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan  “Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa” kepada seluruh ahli keluarga, rakan-rakan dan para pengunjung laman blog ini mudah-mudahan ibadah puasa kita boleh diterima oleh Allah SWT dan ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan sebelumnya.
Wallau a’lam.
  
Photobucket  
FACEBOOK PAGES. CLICK HERE!!
 
WATCH TV ONLINE HERE
Sekiranya tidak Dapat Menonton Disini.. Anda boleh
Tonton Di SINI



Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Puasa dan Kelebihan Solat terawih

Cik Admin | Saturday, July 21, 2012 | 0Comments |
Photobucket
Photobucket

 
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”
Manakala Rasulullah SAW telah bersabda :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”
Pengertian Puasa
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Syarat Wajib Puasa
  • Berakal
  • Akhir Baligh (Cukup umur)
  • Kuat atau mampu mengerjakan puasa
Syarat Sah Puasa
  • Islam
  • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
Rukun Puasa
  • Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
  • Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
Perkara Yang Membatalkan Puasa
  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila
  • Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
Orang Yang Diizinkan Berbuka Atau Tidak Berpuasa
  • Orang yang sakit
  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
  • Orang tua yang sudah lemah
  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.
Kemudian antara kelebihan-kelebihan solat terawih ialah :
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Berkaitan dengan kelebihan / fadilat sunat terawih di atas sepertimana yang saya difahami sebenarnya bersumberkan kepada hadis palsu atau hadis maudu’ iaitu rekaan golongan Syiah dan apa yang lebih membimbangkan ia dikhuatiri boleh mendatangkan dosa. Hadis palsu itu adalah bertujuan memutarbelitkan kebenaran hadis Rasulullah dan golongan jahil mengenai hadis dipercayai menerima fadilat itu sebagai galakan untuk melakukan solat terawih. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dengan kepalsuan hadis-hadis ini kerana ianya boleh membawa kepada kesesatan.Waalahualam..
Photobucket
 
FACEBOOK PAGES. CLICK HERE!!
 
WATCH TV ONLINE HERE
Sekiranya tidak Dapat Menonton Disini.. Anda boleh
Tonton Di SINI



Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design By Saidatul Qifayah | For ! MSH PRODUCTIONS 2013-2014 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome