31 May 2012

Kanak-kanak Haulah beberapa jam sebelum mereka disembelih.

Cik Admin | Thursday, May 31, 2012 | 3Comments |
Photobucket
Photobucket



Kanak-kanak Haulah beberapa jam sebelum mereka disembelih dan dibunuh oleh rejim Basyar dalam tragedi yang berlaku di Haulah Jumaat yang lalu.

Pada waktu paginya, kanak-kanak ini bersama-sama dengan rakyat Syria yang lain berkumpul menyatakan protes mereka terhadap kezaliman rejim Basyar. 

Menurut sumber, jam 2 petang selepas itu, tentera rejim Basyar menyerbu rumah-rumah di Haulah dan menyembelih kanak-kanak dan masyarakat awam yang tidak berdosa.

Sekarang, wajah-wajah ini telah menjadi penghuni nun syurga di sana yang kekal abadi. 
Al-Fatihah.

wanita Mereka


Ketika para pemuda Syria keluar berjihad dan berjuang bersama Tentera Bebas Syria di medan menentang kezaliman rejim, para wanita Syria pula menyiapkan bendera-bendera dan sepanduk untuk digunakan oleh rakyat Syria di medan.

Gambar ini diambil di sebuah rumah di wilayah Al-Qasair, Syria yang menunjukkan sebahagian wanita Syria sedang menyiapkan bendera Revolusi Syria dan juga sepanduk.

Semoga Allah mengurniakan kejayaan kepada mereka.

DAN, WANITA KITA??

KITA?




Berikut jawapan kepada tiga persoalan yang dikemukakan insan ini:

1) Pembunuhan yang berlaku antaranya dirakam oleh talibarut dan tentera rejim Basyar sendiri. Mereka amat berbangga dengan jenayah yang mereka lakukan. Terdapat video dalam Youtube perkataan "diseludup" (ditulis dalam Bahasa Arab) bermaksud ianya dicuri oleh tentera yang berpaling tadah dan disebarkan kepada umum bagi melahirkan rasa sensitif dunia.

2) Si pembunuh memang berbangga kerana motif mereka bertujuan menakut-nakutkan rakyat Syria di mana-mana mereka berada dan memperlekeh usaha yang dilakukan oleh dunia. Dalam situasi terkini Syria dihadiri oleh wakil pemantau PBB dan sebelumnya dari Liga Arab. Mengapa penyembelihan masih berlaku? Bahkan sepanjang hampir 2 bulan pemerhati Liga Arab berada di Syria, dua kali letupan bom berlaku di bandar Damsyik. Jawabnya kerana rejim Syria mahu menghina dan memperkecilkan usaha badan dunia tersebut.

3) Untuk makluman insan ini dan rakan-rakan semua, sejak revolusi Mac 2011 hingga Januari 2012, Basyar sudah berucap di hadapan khalayak ramai sebanyak 3 kali dan semua ucapan Basyar ditolak oleh rakyat. Janjinya semuanya kosong dan tiada apa-apa yang diharapkan oleh rakyat Syria dari ketiga-tiga ucapan Basyar ini. Berkaitan ucapan Basyar, admin nasihati supaya kita memahami sedikit sebanyak Bahasa Arab supaya mudah memahami mesej yang disampaikan oleh Basyar. 

Kepada mereka yang masih terkeliru dalam memahami isu Syria, ana nasihati : 

1) Luangkan masa sedikit untuk belajar Bahasa Arab kerana banyak video dan bahan berita adalah dalam Bahasa Arab.

2) Luangkan sedikit masa bagi mengkaji sejarah pemerintahan Hafeezz Al-Asad dan anaknya.

3) Jangan cuba kelirukan umat dengan soalan kebudak-budakan dan tidak masuk akal.

4) Kalau perlu, admin nasihati agar bertemu dengan rombongan rakyat Malaysia yang baru pulang dari Syria antaranya saudara Ustaz Dasuki Abdul Rani dan saudara Ustaz Ridhuan Mohd Noor. 

Semoga Allah merahmati kita semua.

FAHAMILAH

TIADA KERAGUAN DALAM KEBENARAN!!




Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

30 May 2012

Ketika Hati Seorang Muslimah Terluka

Cik Admin | Wednesday, May 30, 2012 | 1Comments |
Photobucket
Photobucket

 


 Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menghapus air matanya dengan imannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,

ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya

Ketika hati seorang muslimah terluka,

hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,

ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,

wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,

bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,

matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,

dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,

jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,

akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,

tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,

tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,

ia gunakan kesedarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,

air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,

jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,

hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,

dia tetap meneruskan liku2 hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,

kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..

Ketika hati seorang muslimah terluka,

ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH.

Source:
Click Here




Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

29 May 2012

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JUNE AMERCORNER

Cik Admin | Tuesday, May 29, 2012 | 0Comments |
Photobucket
Photobucket 




 Salam 1Malaysia..hehee...oklah..Zana nak citer sikit ttg Segmen yang baru Zana nak join ni.Segmen di anjurkan oleh Encik Amer..hhehee...
Tetibe rajin pulak nak join segmen ni.Disamping nak tambah followers..hehee...

Klah..kalau korang nak JOIN gak, KLIK je BANNER kat atas tu ek atau KLIK SINI


Nak menjadi bintang dalam Pembikinan Videoclip Yuna? Jom ke SINI.


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

27 May 2012

Tauhid Kepada Allah

Cik Admin | Sunday, May 27, 2012 | 1Comments |
Photobucket
Photobucket

 Bila di lafaz sahaja Kalimah Syahadah “ Tiada Ilah di sembah melainkan Allah” ini bermakna seseorang itu telah mengaku, mengikrar dan mengumumkan bahawa Allah s.w.t adalah Ilahnya, Allah s.w.t sebagai sembahannya, Allah s.w.t sebagai tempat dia berserah diri dan meminta pertolongan, tempat bertawakkal dan tempat seharusnya di takuti . Allah s.w.t adalah tempat memohon segala harapan. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
“Barang siapa yang takut akan kebesaran Allah kemudian dia mencegah dirinya dari menurut hawa nafsunya, maka Syurgalah tempat kembalinya.”

Suatu perkara yang kita kena didik dalam diri kita ialah rasa takut kepada Allah s.w.t dan kita asuh nafsu kita supaya tunduk di bawah telunjuk iman.Kalimah Syahadah yang kita ucapkan bermakna Allah s.w.t yang menghidupkan kita dan Allah s.w.t sahaja yang berkuasa mematikan kita bila-bila masa yang di kehendakiNya, Allah s.w.t sahaja Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Allah s.w.t yang mengatur dan mengubal UNDANG-UNDANG SEJAGAT termasuk alam tumbuhan, haiwan, jin dan juga manusia. Manusia tidak boleh memilih selain daripada undang-undang yang telah di tetapkan oleh Allah s.w.t. Undang-undang Allah s.w.t sudah cukup sempurna kerana Allah s.w.t bersifat Maha Sempurna.

Bagi mereka-mereka yang angkuh dan merasa puas dengan kehidupan duniawi dan menafikan hak Allah s.w.t di muka bumi ini, maka tempat tinggal mereka adalah neraka Jahim.

Rasulullah pernah bersabda kepada Ibnu Umar yang bermaksud :
“Jagalah hak Allah nescaya Allah menjaga kamu, ketahuilah sekiranya sesuatu kaum itu ingin memusnahkan kamu, yakinilah bahawa mereka tidak dapat melakukannya kerana apa yang di tentukan oleh Allah.”

Bilamana seseorang itu mengaku Allah s.w.t sebagai Ilah maka beliau juga mesti menerima dan mengaku Allah s.w.t sebagai Rabb, iaitu mengaku bahawa Allah s.w.t sebagai Pemilik dan Penguasa alam ini termasuk manusia itu sendiri.

Tauhid terbagi kepada dua :
1.Tauhid Uluhiyah (meng Esakan Allah s.w.t, menerima undang-undang dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t)
2.Tauhid Rububiyah (meyakini segala sifat-sifat kesempurnaan Allah s.w.t dan meyakini bahawa Allah s.w.t adalah Pemilik, Pencipta dan Penguasa alam semesta)

Apabila Tauhid ini (Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Rububiyah) tidak ada dalam hati kita ini bermakna kita telah mensyirikkan dan menyekutukan Allah s.w.t. Tidak ada DOSA yang lebih besar melainkan dosa mensyirikan Allah s.w.t. Di hari akhirat nanti Allah s.w.t ,tidak akan mengampunkan dosa mereka-mereka yang mensyirikanNya ketika di dunia ini.

Syahadah yang kita ucapkan perlu kepada tuntutan, ingatlah bila mana kita mengucap sahaja Kalimah Syahadah, ini bermakna kita telah mencabut segala kekuasaan yang di kuasai oleh sesiapa sahaja dalam kehidupan kita dan di kembalikan kepada Kekuasaan Allah s.w.t. Manusia akan bebas dari belengu yang mengikat dirinya iaitu belengu adat istiadat yang di warisi dari datuk nenek moyang mereka yang bercangah dengan Syariah, belengu yang berupa undang-undang ciptaan manusia yang mengusai pemerentahan dan penguatkuasaan di dalam kehidupan harian yang mana ianya terang-terang bertentangan dengan Al- Quran dan Sunnah NabiNya dan belengu yang berupa hawa nafsu yang menguasai hati dan perasaannya.

Orang-orang arab jahiliyah percaya bahawa langit dan bumi di ciptakan oleh Allah s.w.t, tetapi apabila di ajak beriman kepada Allah s.w.t dengan pengakuan bahawa “Tiada Ilah yang di sembah melainkan Allah” maka mereka menolaknya di sebabkan mereka cukup sayang pada ilah-ilah yang lain iaitu sistem hidup dan adat istiadat “latta dan uzah” yang di warisi dari datuk nenek moyang mereka. Mereka tidak mahu meninggalkan amalan mengikut hawa nafsu yang menjadi sebagai ilah-ilah mereka. Hidup mereka telah sebati dengan perbuatan zina, bermain judi, minum arak, mengambil riba’,menindas orang fakir miskin, membunuh anak perempuan dan meninggalkan hidup anak lelaki, tenung nasib dan lain-lain lagi. Mereka cukup faham apabila mereka mengucapkan sahaja kalimah ini mereka pasti dan terpaksa meninggalkan segala amalan-amalan jahiliyah yang telah sebati dalam kehidupan mereka seharian. Itulah sebabnya mereka bermati-matian memerangi dan menzalimi Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

Apabila kita kaitkan suasana di zaman jahiliyah dahulu berbanding dengan suasana kita sekarang ini ada beberapa persamaan dari segi prinsip, walaupun suasana ketika itu tidak ada kemajuan sain dan teknologi. Hari ini manusia rata-rata menolak hukum-hukum Allah s.w.t, mereka menganggap hukum-hukum Allah s.w.t tidak sesuai di laksanakan dalam kehidupan sekarang ini kerana kepesatan kemajuan sain dan teknologi dan hidup di dunia tanpa sempadan. Alasan yang lain hidup dalam masyarakat majmuk perlu toleransi dan mengiktiraf kebebasan dan hak asasi manusia!

Ingatlah ! sebagai seorang muslim-mukmin yang beriman kepada Allah s.w.t dan rukun-rukun Iman yang lain dan beriman kepada Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Rububiyah, maka kita perlu meyakini sepenoh hati bahawa keimanan tidak boleh di pisahkan dalam kehidupan. Apabila kita beriman kepada Allah s.w.t ini bermakna kita kena terima sistem hidup Isam yang sempurna. Islam merangkumi segala kehidupan manusia, dalam bidang ekonomi, politik, pemerentahan, pentadbiran, sosial, kewangan, kekeluargaan, kehakiman dan lain-lain lagi. Yakinilah bahawa undang-undang Islam dan hukum Hudud sesuai di sepanjang zaman. Hanya perlaksanaannya sahaja perlu kepada peringkat demi peringkat berdasarkan keadaan semasa.

Nak menjadi bintang dalam Pembikinan Videoclip Yuna? Jom ke SINI.


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Jagalah lidah anda...

Cik Admin | Sunday, May 27, 2012 | 2Comments |
Photobucket
Photobucket



 Tersebutlah kisah,ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negara kembali ke tanah air dengan angkuh dan sombongnya...Di dalam benaknya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa boleh menjawabnya kerana habis semua cerdik pandai ditanya olehnya dengan soalan tersebut.Malangnya,tiada siapa mampu memberikan jawapan...Satu hari,beliau telah bertemu dengan seorang imam tua di kampungnya..Maka bermulalah dialog antara mereka...

Pemuda : Pak Imam,apakah boleh Pak Imam jawab
pertanyaan saya ini?

Pak Imam:Saya hamba Allah dan dengan izinnya saya akan
menjawab pertanyaan kamu itu..

Pemuda :Pak Imam yakin?Ramai profesor dan orang pintar
yang saya tanya tidak mampu menjawab
pertanyaan saya.

Pak Imam :Saya akan cuba sejauh kemampuan saya,
InsyaAllah...

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:
1)Kalau benar Tuhan ada,tunjukkan wujud Tuhan
kepada saya.
2)Apakah yang dimaksudkan dengan TAKDIR?
3)Kalau syaitan diciptakan dari api,mengapa
mereka dimasukkan ke neraka yang juga
dibuat dari api?tentu tidak menyakitkan syaitan
sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Adakah Tuhan tidak berfikir sejauh itu??

Dengan spontan,Pak Imam tersebut menampar pipi pemuda tersebut dengan kuat sekali....

Pak Imam :Saya tidak marah.Tamparan itu adalah jawapan
saya untuk 3 soalan tadi..

Pemuda :Saya tak faham........

Pak Imam :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya rasakan sakit dan pedih.

PakImam :Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya..!!

Pak Imam :Tunjukkan kepada saya wujudnya sakit itu
atau bagaimana rupanya.

Pemuda :Tak boleh,Pak Imam.

Pak Imam :Itulah jawapan kepada soalan pertama awak.
Kita semua merasakan wujudnya Tuhan itu
tanpa mampu melihat kewujudanNya.Adakah
awak bermimpi yang saya akan menampar
awak?

Pemuda :Tidak..

Pak Imam :Itulah yang dinamakan takdir.Terbuat daripada
apakah tangan yang saya gunakan untuk
menampar awak?

Pemuda :Dari kulit dan daging.

Pak Imam :Terbuat daripada apakah pipi awak?

Pemuda :Kulit dan daging.

Pak Imam :Bagaimanakah rasanya tamparan saya?

Pemuda :Sakit dan pedih.

Pak Imam :Itulah,walaupun syaitan terbuat daripada api,
dan neraka juga terbuat daripada api,jika Tuhan
berkehendak maka neraka akan menjadi
tempat yang menyakitkan bagi syaitan...
walaupun kedua-duanya daripada unsur
yang sama!!

Pemuda :Allahuakbar!!!

Nak menjadi bintang dalam Pembikinan Videoclip Yuna? Jom ke SINI.


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

26 May 2012

Fahami Konsep Halal

Cik Admin | Saturday, May 26, 2012 | 0Comments |
Photobucket
Photobucket

 

PERKATAAN 'halal' membawa erti cara hidup orang Islam yang menitikberatkan toyibban iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta 'halalan'.

Islam dengan jelas memerintahkan umatnya mengambil sesuatu yang halal dan meninggalkan yang haram berdasarkan firman Allah dan sabda Rasulullah s.a.w seperti dalam Surah Al-Baqarah Ayat 172 yang bermaksud: "Wahai orang beriman, makanlah makanan halal yang Kami kurniakan kepada kamu".

Pasaran produk halal bukan saja terhad kepada negara Islam dan penduduk Muslim malah penerimaan terhadap barangan dan perkhidmatan halal kini semakin meluas di kalangan masyarakat bukan Islam.

Ini berikutan peningkatan kesedaran terhadap produk halal yang sinonim dengan produk yang selamat, berkhasiat, bersih dan suci.

Justeru, peluang yang meluas untuk pasaran produk halal seharusnya direbut usahawan, terutama di kalangan usahawan Muslim dengan permintaan produk halal yang tinggi di seluruh dunia. Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Pahang, Abu Samah Shabudin, berkata perkara yang menyedihkan apabila ramai pengeluar makanan halal datang dari negara bukan Islam.

"Pengeluar utama daging dunia adalah dari Brazil, Amerika Syarikat, Argentina, Australia, Kanada, China, India dan New Zealand.

"Jika di tinjau di Asia Tenggara pula, Thailand sudah membina nama sebagai pengeluar makanan halal," katanya.

Menurutnya, usahawan bukan Islam di negara ini lebih menguasai pengeluaran makanan halal, berbanding usahawan Muslim.

"Bagaimanapun, kita bersyukur kerana masih ada usahawan Muslim yang berusaha untuk berebut peluang menguasai pengeluaran makanan halal.

"Sebagai contoh, syarikat milik penuh Bumiputera dari Kedah, Herba Penawar Al-Wahida (HPA) yang terkenal dengan pelbagai produk harian yang halal.

"Meskipun kita 'malas' memikirkan mengenai isu ini, apa yang membimbangkan ialah kesan kepada diri dan kerukunan bangsa kita pada masa akan datang.

"Iman adalah teras pembentukan jiwa dan peribadi Muslim selain pemakanan halal mampu melahirkan Muslim yang sempurna," katanya.

Pengarah Jati Mahkota HPA cawangan Kuantan, Jaafar Abd Ghani, berkata masyarakat bukan Islam di Malaysia perlu dijelaskan dengan lebih mendalam mengenai konsep halal dan haram makanan mengikut perspektif Islam yang sebenarnya.

"Kita perlu mengubah tanggapan mereka makanan yang halal bukan makanan daripada khinzir saja, tetapi meliputi pelbagai konsep lain yang perlu dijelaskan dengan lebih mendalam.

"Antara konsep yang perlu diambil perhatian adalah punca makanan itu sendiri seperti daging yang digunakan.

"Kebanyakan masyarakat bukan Islam menganggap hanya khinzir makanan yang diharamkan dalam Islam, tetapi mereka perlu dijelaskan mengenai haiwan lain yang haram dimakan seperti haiwan bertaring, haiwan yang hidup dua alam dan binatang yang jijik seperti cicak," katanya.

Katanya, kaedah penyembelihan haiwan juga perlu dijelaskan kepada masyarakat bukan Islam yang kebanyakannya tidak tahu konsep penyembelihan haiwan dalam Islam.

"Peniaga makanan bukan Islam juga perlu memastikan haiwan yang mereka beli di pasaran perlu disembelih oleh syarikat yang mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum dipasarkan, " katanya.

Menurutnya, cara pengurusan makanan serta pemprosesannya perlu terhindar daripada sebarang najis atau bercampur dengan bahan haram di sisi Islam.

Katanya, campuran bahan makanan juga wajar diberi perhatian sama ada ia bebas dari campuran alkohol atau minyak lemak bab...

"Ada restoran yang mempamerkan lambang halal, tetapi bahan makanannya dicampur dengan alkohol atau barang terlarang di sisi Islam.

"Ia berlaku di kebanyakan restoran serta hotel yang menggunakan khidmat tukang masak luar negara," katanya.




Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

25 May 2012

8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI

Cik Admin | Friday, May 25, 2012 | 1Comments |
Photobucket


 
"Elakkan 8C ini agar anda sentiasa dikasihi oleh suami anda...

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata jangan CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata...

CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata-kata isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua...

C3. CELUPAR

Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT

Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot ini sama ada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yang selekeh,kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yang comel2 saja... Ada isteri kata - mekap untuk suami,tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit-sikit dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2...

C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 saja. Restoran nak ada air-cond saja.

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....

C8 CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yang mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 8C tu.Renungkanlah.....




Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

23 May 2012

Perubatan Moden Kurang Mendapat Tempat

Cik Admin | Wednesday, May 23, 2012 | 0Comments |
Photobucket



 Ini sememangnya mempunyai kaitan yang kuat dengan cara bagaimana perubatan moden itu sendiri diperkenalkan kepada masyarakat kita. Keadaannya ternyata amat berbeza dengan pendekatan yang menggunakan ubat tradisional.

Perubatan moden dianggap asing dan `tidak diiktiraf' sepenuhnya sebagai suatu yang berguna sehinggalah beberapa lama ianya diamalkan oleh sesebuah masyarakat itu. Satu lagi sebab mengapa perubatan moden tidak banyak dimengertikan oleh orang ramai adalah kerana sifat monopolinya yang wujud di kalangan pengamal-pengamalnya sendiri. Umpamanya orang-orang yang dianggap tidak mempunyai ilmu perubatan moden tidak langsung diberi pengiktirafan. Justeru itu, swapengubatan tidak juga diterima sebagai satu amalan oleh ahli perubatan moden.

Hanya baru-baru ini berlakunya perubahan sikap kerana negara dilanda masalah kegawatan ekonomi. Rakyat terpaksa memperuntukkan wang untuk membeli barang perlu dan meminimumkan kos sara hidup. Memandangkan kos perubatan yang melambung tinggi, swapengubatan mula dianggap sebagai sesuatu yang wajar dan lebih murah tetapi memberikan pulangan yang sama untuk merawat penyakit.

Selain itu, perkembangan perubatan semasa telah banyak menghasilkan ubat-ubatan yang jauh lebih selamat daripada ubat dekad-dekad sebelumnya. Kedua-dua faktor inilah yang membolehkan amalan swapengubatan berkembang. Orang ramai diberi peranan yang lebih aktif untuk merawat dirinya sendiri melalui pendekatan tersebut mengikut ramalan sesetengah pihak, amalan swapengubatan ini akan terus meningkat dalam abad yang akan datang terutama sekali apabila lebih banyak ubat -ubatan yang diletakkan di bawah kawalan ahli perubatan dijual secara terbuka di pasaran. Adalah penting bagi orang ramai memahami apakah sebenarnya swa-pengubatan dan bagaimana mereka boleh bertanggungjawab untuk menggunakan pendekatan ini sebaik mungkin untuk menjaga kesihatan masing-masing. Dengan kata lain, swa-pengubatan hanya akan sekaligus dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Kajian yang dilakukan di Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Sweden menunjukkan rakyat di negara tersebut telah bersedia untuk lebih bertanggungjawab dalam memelihara taraf kesihatan masing-masing. Malah 75 peratus daripada masalah kesihatan yang mereka hadapi kini diuruskan tanpa banyak mendapat bantuan profesional. Di Amerika Syarikat khususnya, 60 peratus daripada ubat-ubatan yang dibeli oleh rakyat Amerika Syarikat dikatakan adalah ubat-ubatan tanpa preskripsi, iaitu kumpulan ubat yang tidak memerlukan pengawasan terperinci daripada golongan profesional. Walaupun begitu, menurut pakar-pakar perubatan sedunia, kecenderungan ini dianggap akan menjadi satu fenomena sejagat dalam abad-abad yang akan datang. Malah, Malaysia melalui aplikasi tele-perubatan yang dirancangkan sebagai salah satu projek di bawah Koridor Raya Multimedia(MSC) akan memungkinkan juga rakyat kita lebih berperanan dalam menguruskan kesihatan mereka khususnya berkaitan dengan swa-pengubatan.

Sebagai tindakan pro-aktif, pesakit dan para pengguna khususnya golongan yang terbabit digalakkan bertanya sebanyak mungkin sehingga mereka betul-betul faham tentang ubat yang akan digunakan. Sebagai satu perbandingan, misalnya apabila seseorang itu hendak membeli sebuah jam tangan, lazimnya mereka akan menentukan terlebih dahulu bukan sahaja jenis dan jenama jam yang akan dibeli, tetapi cara-cara jam itu berfungsi dan apa sahaja perkara yang boleh merosakkan jam tersebut termasuk bagaimana penjagaannya. Sifat ingin tahu sedemikian rupa sebaik-baiknya diamalkan juga apabila seseorang itu mengamalkan swa-pengubatan. Ini bermakna sikap dan juga tabiat seharian mesti mula ditukar untuk membolehkan swa-pengubatan dilakukan dengan sempurna. Mereka sekurang-kurangnnya mesti faham tentang perkara-perkara berikut sebelum mengamalkan swa-pengubatan:


Jenis dan nama ubat yang diperlukan
Bagaimanakah ubat itu bertindak untuk mengatasi masalah yang dihadapi
Dalam bentuk apakah (seperti ubat pil, ubat sedut, ubat sapu) yang paling sesuai digunakan untuk masalah yang hendak dirawat?
Dalam kekuatan apakah ataupun sukatan apakah yang sepatutnya digunakan dan berapa kali sehari ianya patut digunakan?
Apakah akan berlaku sekiranya seseorang itu lupa menggunakan ubat tersebut dan apa pula langkah yang perlu diambil untuk mengatasi hal sedemikian?
Apakah risiko-risiko yang sering dihadapi dan bagaimana cara untuk mengatasinya?
Apakah yang perlu dilakukan apabila seseorang itu mengalami:
Kehamilan
Menyusukan bayi
Berusia agak lanjut (65 tahun keatas)
Menghadapi penyakit-penyakit lain
Menggunakan ubat-ubat lain


Berapakah harga ubat tersebut?
Adakah ubat-ubat jenis lain boleh digunakan sebagai ganti sekiranya kosnya terlalu tinggi ataupun ubat tersebut didapati tidak serasi kepada penggunanya?
Dimanakah pengguna boleh mendapat maklumat lanjut sekiranya mereka menghadapi sebarang kecemasan akibat penggunaan ubat itu?
Hanya setelah soalan-soalan seumpama itu terjawab dan difahami sepenuhnya, barulah seseorang itu bersedia untuk mengamalkan swa-pengubatan. Jika tidak, kemungkinan besar amalan ini akan menimbulkan pelbagai gejala yang tidak diingini kerana maklumat yang diperolehi mengenai ubat yang diambil tidak mencukupi..



Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Hadis Kesempurnaan Islam

Cik Admin | Wednesday, May 23, 2012 | 0Comments |
Photobucket

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid .a telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah s.a.w yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat. Maka baginda s.a.w telah berkata kepadanya. Tanyalah apa yang engkau kehendaki.
Dia berkata :

"AKU MAHU MENJADI ORANG ALIM"
Baginda s.a.w menjawab :
"TAKUTLAH KEPADA ALLAH MAKA ENGKAU AKAN MENJADI ORANG YANG ALIM"
Dia berkata :
"AKU MAHU MENJADI ORANG PALING KAYA"
Baginda s.a.w menjawab :
"JADILAH ORANG YANG YAKIN PADA DIRI MAKA ENGKAU AKAN JADI ORANG PALING KAYA"
Dia berkata :
"AKU MAHU JADI ORANG PALING ADIL"
Baginda s.a.w menjawab :
"KASIHANILAH MANUSIA YANG LAIN SEBAGAIMANA ENGKAU KASIH PADA DIRI SENDIRI MAKA JADILAH ENGKAU SEADIL-ADIL MANUSIA"
Dia berkata :
"AKU MAHU MENJADI ORANG YANG PALING BAIK"
Baginda s.a.w menjawab :
"JADILAH ORANG YANG BERGUNA KEPADA MASYARAKAT MAKA ENGKAU AKAN JADI SEBAIK-BAIK MANUSIA"
Dia berkata :
"AKU MAHU MENJADI ORANG YANG ISTIMEWA DI SISI ALLAH"
Baginda s.a.w menjawab :
"BANYAKKAN ZIKRULLAH NESCAYA ENGKAU AKAN JADI ORANG ISTIMEWA DI SISI ALLAH"
Dia berkata :
"AKU MAHA DI SEMPURNAKAN IMANKU"
Baginda s.a.w menjawab :
"PERELOKKAN AKHLAKMU NESCAYA IMANMU AKAN SEMPURNA"
Dia berkata :
"AKU MAHU TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG YANG MUHSININ (BAIK)"
Baginda menjawab :
"BERIBADAHLAH KEPADA ALLAH SEOLAH-OLAH ENGKAU MELIHATNYA DAN JIKA ENGKAU TIDAK MERASA BEGITU SEKURANGNYA ENGKAU YAKIN DIA TETAP MELIHAT ENGKAU MAKA DENGAN CARA INI ENGKAU AKAN TERMASUK GOLONGAN MUHSININ"
Dia berkata :
"AKU MAHU TERMASUK DALAM GOLONGAN MEREKA YANG TAAT"
Baginda s.a.w menjawab :
"TUNAIKAN SEGALA KEWAJIPAN YANG DI FARDUKAN MAKA ENGKAU AKAN TERMASUK DALAM GOLONGAN MEREKA YANG TAAT"
Dia berkata :
"AKU MAHU BERJUMPA ALLAH DALAM KEADAAN BERSIH DARIPADA DOSA"
Baginda berkata :
"BERSIHKAN DIRIMU DARIPADA NAJIS DOSA NESCAYA ENGKAU AKAN MENEMUI ALLAH DALAM KEADAAN SUCI DARI DOSA"
Dia berkata :
"AKU MAHU DI HIMPUN PADA HARI QIAMAT DI BAWAH CAHAYA"
Baginda s.a.w menjawab :
"JANGAN MENZALIMI SESAORANG MAKA ENGKAU AKAN DI HITUNG PADA HARI QIAMAT DI BAWAH CAHAYA"
Dia berkata :
"AKU MAHU DI KASIHI OLEH ALLAH PADA HARI QIYAMAT"
Baginda menjawap :
"KASIHILAH DIRIMU DAN KASIHILAH ORANG LAIN NESCAYA ALLAH AKAN MENGASIHANIMU PADA HARI QIYAMAT"
Dia berkata :
"AKU MAHU DI HAPUSKAN SEGALA DOSAKU"
Baginda menjawap :
"BANYAKKAN BERISTIGHFAR NESCAYA AKAN DI HAPUSKAN (KURANGKAN) SEGALA DOSAMU"
Dia berkata :
"AKU MAHU MENJADI SEMULIA-MULIA MANUSIA"
Baginda menjawap :
"JANGAN MENGESYAKI SESUATU PERKARA PADA ORANG LAIN NESCAYA ENGKAU AKAN JADI SEMULIA-MULIA MANUSIA"
" Dia berkata
"AKU MAHU MENJADI SEGAGAH-GAGAH MANUSIA"
Baginda s.a.w menjawab :
"SENTIASA MENYERAH DIRI (TAWAKKAL) KEPADA ALLAH NESCAYA ENGKAU AKAN JADI SEGAGAH-GAGAH MANUSIA"
Dia berkata :
"AKU MAHU DI MURAHKAN REZEKI OLEH ALLAH"
Baginda s.a.w menjawab :
"SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN BERSIH (DARI HADAS) NESCAYA ALLAH AKAN MEMURAHKAN REZEKI KEPADAMU"
Dia berkata :
"AKU MAHU TERMASUK DALAM GOLONGAN MEREKA YANG DI KASIHI ALLAH DAN RASULNYA"
Baginda s.a.w menjawab :
"CINTAILAH SEGALA APA YANG DISUKAI OLEH ALLAH DAN RASULNYA MAKA ENGKAU TERMASUK DALAM GOLONGAN YANG DI CINTAI OLEH MEREKA"
Dia berkata :
"AKU MAHU DI SELAMATKAN DARI KEMURKAAN ALLAH PADA HARI QIYAMAT"
Baginda s.a.w menjawab :
"JANGAN MARAH KEPADA ORANG LAIN NESCAYA ENGKAU AKAN TERSELAMAT DARIPADA KEMURKAAN ALLAH DAN RASULNYA"
Dia berkata :
"AKU MAHU DI TERIMA SEGALA PERMOHONANKU"
Baginda s.a.w menjawab :
"JAUHILAH MAKANAN HARAM NESCAYA SEGALA PERMOHONANMU AKAN DI TERIMANYA"
Dia berkata :
"AKU MAHU AGAR ALLAH MENUTUPKAN SEGALA KEAIBANKU PADA HARI QIYAMAT"
Baginda s.a.w menjawab :
"TUTUPLAH KEBURUKAN ORANG LAIN NESCAYA ALLAH AKAN MENUTUP KEAIBANMU PADA HARI QIYAMAT"
Dia berkata :
"SIAPA YANG TERSELAMAT DARIPADA DOSA?"
Baginda s.a.w menjawab :
"ORANG YANG SENTIASA MENGALIR AIR PENYESALAN, MEREKA YANG TUNDUK PADA KEHENDAKNYA (ALLAH) DAN MEREKA YANG DI TIMPA KESAKITAN"
Dia berkata :
"APAKAH SEBESAR-BESAR KEBAIKAN DI SISI ALLAH?"
Baginda s.a.w menjawab :
"ELOK BUDI PEKERTI, RENDAH DIRI DAN SABAR DENGAN UJIAN (BALA)
Dia berkata :
"APAKAH SEBESAR-BESAR KEJAHATAN DI SISI ALLAH?"
Baginda menjawab :
"BURUK AKHLAK DAN SEDIKIT KETAATAN"
Dia berkata :
"APAKAH YANG MEREDAKAN KEMURKAAN ALLAH DI DUNIA DAN AKHIRAT?"
Baginda menjawab :
"SEDEKAH DALAM KEADAAN SEMBUNYI (TIDAK DI KETAHUI) DAN MENGHUBUNGKAN KASIH SAYANG"
Dia berkata :
"APAKAH YANG AKAN MEMADAMKAN API NERAKA PADA HARI QIYAMAT?"
Baginda menjawab :
"SABAR DI DUNIA DENGAN BALA DAN MUSIBAH"

Telah berkata Imam Mustaghfirin : "Aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanfaat hadis ini"





Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

21 May 2012

Follower ke 200..Jeng jeng jeng!

Cik Admin | Monday, May 21, 2012 | 0Comments |
Photobucket


.Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh 
Baiklah, pada Entri kali ini , Zana nak ucapkan TAHNIAH kepada follower Zana yang bertuah untuk kali ini , iaitu Follower yang ke - 200 . Hehe..tak sangka..sampai sekarang follower Zana baru 200 org...hehee..tapi takpe ar..zana baru je aktif blogging ni bulan March ni taw..heee..nanti insyAllah kalau Zana lama2 dah aktif dalam bidang blogging ni, manelah taw ramai yang nak jadi follower Zana..insyaAllah..:)

Soory ar...panjang pulak cerita..Ni nak citer pasal follower Zana yang bertuah ni.Siapa BELIAU yang Zana maksudkan ?Jeng jeng jeng..!!

Dia lah yang Zana maksudkan -->>  Liyana Iskandar  

Nak review sikit blog cik Lyana ni..blog dier cantik and kemas..Zana tengok blog dier banyak citer sal isu semasa and paling terbaru entri dia yg cerite sal  Freedom for Palestin .blog dier ni bercirikan Islamic dan Zana suka blog2 yang banyak citer sal keagamman ni..Sebab setahu Zana tak banyak blog yang menceritakan pasal keagamaan ni kan..hehee..:)

Baiklah...tu jelah Zana nak citer hari ini.Nak makan dulu..ngeh ngeh ngeh,,,daaa!

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..:)



Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Kepercayaan, Keyakinan atau Beriman

Cik Admin | Monday, May 21, 2012 | 2Comments |
Photobucket



Ramai manusia akan mengatakan bahawa kehidupan adalah ciptaan dan kehendak tuhan. Tuhan itu ujud dan berkuasa. Bagaimana setiap orang menganggap tuhan itu, bergantunglah pada ilmu memasing yang diwarisi.

Bagi penganut-penganut agama mereka percaya tuhan dan hari kiamat, surga dan neraka.Sesungguhnya agama itu datang dari tuhan yang satu melainkan manusia yang mengubah kebenaran yang satu.Memasing mengatakan jalan
mereka betul dan mereka sebenarnya tidak menggunakan akal fikiran sehabis-habisnya dalam mengesakan tuhan.

Dunia akan kiamat disuatu hari nanti. Semua manusia dan ciptaan akan musnah dan manusia akan hidup kembali untuk perhitungan. Sejauh mana manusia yakin dan merasa takut dengan kedatangan hari tersebut adalah sukar dianalisakan.

Dikalangan umat Islam sendiri dapat dilihat bagaimana mereka menghabiskan usia hidup selama didunia sedangkan peringatan tuhan adalah lebih jelas didalam ajaran Alquran berbanding dengan ajaran-ajaran lain.
Umat Islam sendiri tidak akan beriman dengan kitab selain Alquran kerana mereka telah yakin dengan ajaran agama Islam dan mengenal tuhan yang layak disembah.

Begitu juga dengan agama selain Islam tidak akan menukar keyakinan dan pegangan mereka melainkan Allah memberi hidayah. Dalam apa jua agama, derjat kesedaran manusia tentang tuhan,tentang janji tuhan, hal hari kiamat ,mengikut ajaran yang sebenarnya dan berbagai perkara yang akan
berlaku dihari kiamat adalah sama sahaja.

Ada manusia hanya percaya sahaja dan hatinya masih kuat meragui kebenaran dan ini adalah sebenarnya tidak beriman.
Ada pula percaya dan hati lebih berat kepada kebenaran. Ini berkemungkinan akan cepat mendapat kesedaran. Ada pula yang yakin tapi masih lalai dan merasakan ada kesempatan
untuk membuat persediaan. Kepercayaan sebegini umpama iman turun, naik dan berada dalam kelalaian dan cinta dunia.

Amatlah sukar bagi umat akhir zaman untuk beriman seperti mana dizaman para nabi namun Allah memberi banyak peluang kepada umat manusia berfikir dan sedar akan peringatan tuhan itu adalah benar. Allah telah melakukan berbagai cara dalam menyedarkan manusia dan kebanyakan manusia disedarkan dengan dihambat kepada kesedaran.
Manusia akan lambat sedar dan akan terus lalai sekiranya diberi anugerah nikmat.

Mereka yang beramal tanpa ilmu dan memahami serta menggunakan akal fikiran untuk menuju jalan kebenaran akan mudah digoda oleh keinginan dunia. Semakin hampir ia menuju kebenaran semakin besar ujian yang diterima
sehingga iman digoncang dengan egoncangnya.Beruntunglah orang-orang yang Allah jayakan usaha mereka membersihkan diri dari sifat-sifat kehinaan manusia yang mana diciptakan tiada daya upaya untuk mengatasi semua itu.

Manusia tidak boleh mengambil alasan tiada daya upaya itu sebagai meninggalkan usaha amal kejalan kebenaran. Kerana itu adalah semata-mata tuhan memberi
anugerah sifat lemah untuk mansia sedar dan kembali menyerah diri kepada Allah yang lebih berkuasa.

Jika telah sedar akan hakikat kelemahan itu maka segeralah memikirkan jalan bagaimana boleh Allah memberi kekuatan kepada manusia melawan segala kehendak diri dan berserah kepada tuhan dengan tanpa mengutukan
Allah dengan apa jua bentuk pengutuan sama ada yang nampak atau tersembunyi dalam hati berbentuk akidah bertuhan.

Adalah amat sukar sekali bagi manusia untuk menyempurnakan hak jiwa sebagaimana asalnya yang datang bersih dan kembali bersih. Pembersihan jiwa yang mencapai makrifat dan hakikat adalah memerlukan pengorbanan yang besar dan tidak ramai dikalangan manusia yang sanggup mengambil jalan itu. Jalan sebagaimana amalan ahli-ahli sufi. Diakhir zaman gulungan sufi dan ahli yang mempelajari ilmu tasawuf adalah tidak serupa jika dibandingkan dengan zaman ulama-ulama terdahulu.

Perbezaan zaman bukanlah alasan bagi umat akhir ini untuk mencapainya. Sememangnya zaman dahulu bentuk hiburan dan kemajuan dunia berbeza namun hakikat keinginan cinta dunia adalah serupa.Ujian kepahitan dan kesusahan adalah lebih hebat dizaman dahulu namun mereka boleh lalui.

Usahlah keliru dengan perubahan zaman yang serba maju dengan berbagai pancaroba kehidupan canggih.Kesibokan manusia tidak akan tamat dalam mencari kecukupan dan keperluan hidup.Akhirnya manusia dilalaikan dari tanggung jawab hidup beribadat kerana Allah semata-mata dan keperluan dunia bukan Allah jadikan sebagai keutamaan melainkan kadar memberi kehidupan.

Konsep ajaran Islam telah jelas dan manusia hanya perlu memahami dan menunaikan kehendak tuhan dalam ibadahnya.

Apa yang dikehendaki tuhan adalah akhirat negara yang kekal dan nikmat yang sebenar.Manusia tidak perlu usaha dan bersusah payah melainkan didunia tempat mereka bersusah payah.

Maka layaklah bagi orang yang sabar,ikhlas dan berkoban kerana yakin akan janji Allah untuk balasan surga. Kesenangna dunia hanya sebagai jalan kemudahan mereka menunaikan kerja ibadah sahaja dan tidak mengambil
lebih dari itu melainkan dibelanjakan kejalan agama Allah.

Manusia yang benar-benar telah beriman dan mengesakan Allah dalam semua amal perbuatannya pasti tiada kebimbangan dan ketakutan kerana telah yakin bahawa Allah akan menolong serta memberi kejayaan dunia akhirat.
Kesusahan bagi orang beriman adalah nikmat merasakan diri dikasihi Allah dan kurnia kesenangan pula bukanlah kerana nikmat kelazatan kurnia itu sebaliknya dapat melihat kasih sayang Allah kepada hambanya.

Adalah menjadi kewajiban orang yang telah sedar menyedarkan yang lain. Yang kekurangan diwajibkan menuntut ilmu sehingga mata hati yang melihat. Hanya mata hati sahaja yang dapat melihat kebenaran Allah kerana hati akan memandang dengan ilmu Allah.


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

20 May 2012

Cara Bersetubuh Menurut Islam

Cik Admin | Sunday, May 20, 2012 | 2Comments |
 MEMUJUK RAYU SERTA BERCUMBU- CUMBUAN :

Nabi Muhammad s.a.w. melarang suami melakukan persetubuhan sebelum membangkitkan syahwat isteri dengan rayuan dan bercumbu terlebih dahulu.
- Hadits Riwayat al-Khatib dari Jabir.

 BERBOGEL :

Apabila diantara kamu mencampuri isterinya, hendaklah ia menutupi dirinya dan menutupi isterinya dan janganlah keduanya (suami isteri) bertelanjang bulat seperti keledai.
- Hadits Riwayat Tabrani.

MENYETUBUHI DUBUR :

Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya.
- Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nas
a’i dari Abu Hurairah.

DOA SEBELUM BERSETUBUH :
“Bismillah. Allaahumma jannibnaash syaithaa-na wa jannibish syaithaa-na maa razaqtanaa”.
Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami berdua (suami isteri) dari gangguan syaithan serta jauhkan pula syaithan itu dari apa saja yang Engkau rezqikan kepada kami.
Dari Abdulah Ibnu Abbas r.a. berkata :
Maka sesungguhnya apabila ditakdirkan dari suami isteri itu mendapat seorang anak dalam persetubuhan itu, tidak akan dirosak oleh syaithan selama-lamanya.
- Hadits Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas r.a.

HAMPIR KELUAR MANI :

Dan apabila air manimu hampir keluar, katakan dalam hatimu dan jangan menggerakkan kedua bibirmu (jangan sebut dibibir) kalimat ini :
“Alhamdulillaahil ladzii khalaqa minal maa’i basyara”.
Segala pujian hanya untuk Allah yang menciptakan manusia dari pada air.

PUTUS DITENGAH JALAN :

Apabila seseorang diantara kamu bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia menghentikan persetubuhannya itu sehingga isterimu juga telah selesai melampiaskan hajatnya (syahwat atau mencapai kepuasan) sebagaimana kamu juga menghendaki lepasnya hajatmu (syahwat atau mencapai kepuasan).
- Hadits Riwayat Ibnu Addi.

MENDATANGI ISTERI MELALUI BELAKANG (ISTERI MENUNGGING) :

Dari Jabir b. Abdulah berkata :
Bahwa orang-orang Yahudi (beranggapan) berkata: Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada kemaluannya Melalui Belakang maka mata anaknya (yang lahir) akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat suci demikian :
“Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai.”
- Surah Al Baqarah – ayat 223.
Keterangan:
Suami diperbolehkan menyetubuhi isteri dengan apa cara sekalipun (dari belakang, dari kanan, dari kiri dsb asalkan dilubang faraj).

KELEBIHAN BERSETUBUH :

Berikut adalah cara bersetubuh yang mendapat keberkatan apabila kita melakukannya :-Rasulullah s.a.w. bersabda :
“…..dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala”.
Para sahabat bertanya :
Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?
Nabi menjawab :
Bukankah kalau ia meletakkan (syahwatnya) ditempat yang haram tidakkah ia berdosa? Demikian pula kalau ia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang halal maka ia mendapat pahala.
- Hadits Riwayat Muslim.

MENGULANGI PERSETUBUHAN :

Apabila diantara kamu telah mecampuri isterinya kemudian ia akan mengulangi persetubuhannya itu maka hendaklah ia mencuci zakarnya terlebih dahulu.
- Hadits Riwayat Baihaqi.

HAID :

Mereka menanyakan kepada engkau tentang perkara Haid.
Katakanlah: “Haid itu adalah kotoran”.
Oleh kerana itu jauhilah diri kamu dengan wanita-wanita yang sedang Haid dan janganlah kamu mendekati (menyetubuhi) mereka, sebelum mereka bersuci*.
Apabila mereka telah bersuci maka bolehlah kamu menyetubuhi mereka ditempat yang diperintahkan Allah kepada kamu.
Sesungguhnya Allah itu menyukai orang-orang yang bertaubat dan Allah menyukai orang-orang yang mensucikan dirinya.
- Surah Al Baqarah – ayat 222.
*Jangan mendekati bermaksud dilarang bersetubuh dengan isteri yang sedang kedatangan bulan dan bukanlah dilarang mempergaulinya sehari-hari.

ISTERI YANG TIDAK BOLEH DI SETUBUHI OLEH SUAMI :

Dari Masruuq b.Ajda’i berkata :
“Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid.”
Aisyah menjawab:
“Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh).”


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

19 May 2012

Hukum bercinta di internet

Cik Admin | Saturday, May 19, 2012 | 0Comments |
Photobucket

Hukum bercinta di internet
Kawan saya telah memperkenalkan saya dengan seorang lelaki hanya melalui internet. Pada mulanya saya sering bertanya tentang agama lebih-lebih lagi tentang masalah yang saya hadapi. Ternyata lelaki tersebut adalah ustaz dan masih bujang.

Suatu hari, kawan saya juga bertanya mengenai agama kepada ustaz tersebut melalui emel. Dalam emel dia, kawan saya itu berusaha memperkenalkan saya dengan ustaz tersebut dan ternyata ustaz tersebut ingin sekali berkenalan dengan saya. Hari-hari berlalu, perkenalan saya dengan ustaz tersebut masih berterusan walaupun hanya melalui internet.


Tidak lama kemudian, ustaz tersebut mengutarakan niatnya untuk berkenalan dengan saya lebih dekat atau secara istilahnya, bercinta. Tawaran dia saya terima dengan senang hati kerana akhlaknya yang baik dimana dia akan dapat membimbing saya ke jalan yang benar jika Allah mempertemukan jodoh kami dan inilah lelaki impian saya.


Suatu hari dia ada mengirim emel kepada saya dan emalnya ada mengatakan kata-kata sayang, salam rindu dan apa sahaja seperti layaknya seperti orang yang sedang bercinta dan saya pun membalas salam tersebut.


Malah ustaz tersebut berniat untuk menemui saya dalam waktu terdekat ini kerana serius dalam hal ini. Entahlah, apa yang akan terjadi seterusnya. Wallahu a'lam


Jadi, beberapa persoalan timbul dari perkara ini :

Bagaimana perlakuan saya dalam hal ini menurut ajaran Islam?
Apakah kata sayang dan seumpama dengannya diperbolehkan?
Bagaimana saya meyakini keimanan seseorang sementara saya hanya berkenalan melalui internet saja?
-Puteri-


Jawapan :

Rasa cinta dan kasih sayang merupakan fitrah yang tumbuh didalam sanubari manusia bersama lahirnya manusia itu ke dunia ini. Perasaan timbul jika ada rangsangan dari luar, akhirnya kecenderungan itu akan lahir dalam bentuk sikap, reaksi ataupun ungkapan kata-kata.
Selalunya ungkapan kata-kata yang berlebihan tentang rasa kasih sayang ini antara lelaki dan wanita akan menimbulkan berahi dan dorongan syahwat yang akhirnya mengundang terjadinya perkara yang dilarang dalam Islam.

Ungkapan rasa cinta dan kasih sayang hanya sesuai dilafazkan bagi mereka yang telah bernikah, namun bagi mereka yang baru berkenalan bahkan hanya melalui internet, maka perkara ini merupakan perbuatan yang sia-sia dan merosakkan fitrah kasih sayang tadi.

Jadi batas hubungan antara lelaki dan wanita yang belum menikah ini cukup sekadar ingin mengetahui latarbelakang seseorang yang diingininya tersebut. Apakah ia dari keturunan yang baik atau sebaliknya, apakah ia tergolong subur atau berpenyakit, kemudian apakah ia dari kalangan orang yang berada ataupun sebaliknya dan yang terakhir tentang agamanya, apakah ia tergolong orang yang taat kepada Allah ataupun orang yang lalai dengan hukum-hakam Allah.
Perkara yang paling penting dalam memilih pasangan hidup adalah melihat sejauhmanakah calon suami atau isteri kita itu benar-benar menjalankan agamanya, sebab orang yang menjalankan agama dengan baik akan menjadi pasangan yang baik dan diredhai Allah.

Jadi mengucapkan kata-kata sayang dalam internet sama juga mengucapkan kata-kata itu ketika kita sedang berhadapan, jika ucapan itu dengan jelas untuk menggoda dan bahkan menumbuhkan dorongan untuk melakukan perkara yang tidak baik jika bertemu nanti maka perkara ini dilarang dalam agama.
Sebaiknya jika benar-benar ikhlas ingin mencari pasangan hidup, boleh berjumpa dengan membawa muhrim dan melihat keadaan pasangan tersebut apakah memenuhi syarat dan kriteria yang ditentukan agama seperti yang disebutkan diatas. Setelah itu lakukanlah solat istikharah agar pilihan kita itu benar dan diredhai Allah SWT. Wallahu A'lam.


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

:: Tanggungjawab Suami Selepas Ijab Kabul. ::

Cik Admin | Saturday, May 19, 2012 | 0Comments |
Photobucket



"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."

Itu tersurat. Tetapi apa pula yang tersirat ??


Yang tersirat ialah :


"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibubapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggun
g jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku kerana akhirnya isteri dan anak2ku yg akan menarik aku masuk kedalam Neraka Jahanam.. dan Malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibubapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Allah S.W.T "

Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

18 May 2012

Subhanallah, Seorang Bayi di Nigeria Terlahir Membawa Al-Quran dari Rahim Ibunya

Cik Admin | Friday, May 18, 2012 | 1Comments |

Subhanallah, Seorang Bayi di Nigeria Terlahir Membawa Al-Quran dari Rahim Ibunya 
Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo
  Ulama terkenal dari Nigeria pada Isnin (14/5/2012) berkumpul di Mushin, Provinsi Lagos, barat daya Nigeria, untuk menyaksikan upacara penamaan seorang bayi. Bayi tersebut bukan bayi biasanya sehingga harus masuk cerita hangat di media, namun bayi yang terlahir pada 7 Mei 2012 tersebut terlahir dengan membawa sebuah Al-Quran kecil di tangannya dari rahim ibunya. Allahu akbar!
Setelah menyampaikan sebuah kultum, seorang ulama Nigeria, Ustadz Abdul Rahman Olanrewaju Ahmed, memberikan nama kepada bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo. Dalam pemberian nama tersebut, Ustadz Abdul Rahman juga menasihati sang ibu  bayi tersebut bahwa bayinya bukanlah seorang nabi meskipun ia terlahir dari rahimnya sambil memegang Quran.
Beliau juga menambahkan bahwa hal tersebut merupakan kehendak Allah, untuk mengirim bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan, yakni terlahir dengan membawa Quran dari rahimnyaSubhanallah!
Ulama lain yang ikut dalam acara tersebut antara lain Syaikh Abdulraman Sulaiman Adangba, Ketua dari Komunitas Nasrulifathi Ustadz Alhaji Abdullahi Akinbode, dan Dr Ramoni Tijani dari Komunitas Islam Alifathiquareeb.
Sebelumnya pada Ahad (13/5), ibu dari bayi ini menyatakan diri memeluk Islam setelah melihat bayinya terlahir dengan membawa Quran dari rahimnya. Kini, sang ibu 32 tahun yang dulu bernama Kikelomo Ilori ini kemudian berganti menjadi Sharifat. Hal serupa juga dilakukan oleh nenek bayi yang dulu memeluk agama Kristen sekarang menjadi seorang Muslim dan mengganti namanya dengan nama Islami.
Di luar rumah , banyak pedangang tumpah ruah menjual berbagai cnderamata tentang bayi tersebut, mulai dari tasbih, dan gamba-gambar bayi yang terlahir membawa Quran tersebut.
Kelahiran bayi tersebut hingga saat ini masih mengundang kontroversi, dimana para sekularis menganggap sesuatu yang mustahil bagi seorang bayi terlahir dengan memegang (membawa) Quran dari rahim sang ibu. Namun di lain pihak, banyak yang berpendapat bahwa apa pun boleh terjadi jika Allah berkehendak. Wallahu a’lam bish shawwab


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

17 May 2012

Kos Perkahwinan Menyebabkan Ramai Lelaki & Wanita Terus Membujang

Cik Admin | Thursday, May 17, 2012 | 1Comments |
Photobucket

Di Malaysia, trend majlis perkahwinan di hotel atau dewan telah mengganti majlis yang biasanya diadakan di rumah. Orang kampung pun sudah pandai kenduri dengan menempah makanan. Jika dulu tuan rumah menghantar tepak menjemput tetapi hari ini ada kad, ada yang pakai emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk jemput ke majlis perkahwinan. Ke mana pergi adat budaya kita?
Dulu orang bagi bunga telur tanda terima kasih tuan rumah kepada tetamu, hari ini ada yang bagi gula-gula, coklat, buah, kek dan berbagai hiasan termasuk rantai kunci dan sapu tangan. Semua perubahan majlis perkahwinan bermula daripada persedian hingga ke majlisnya menunjukkan masyarakat Melayu Islam Malaysia yang melalui proses perubahan dan yang pasti kelihatan semakin mewah. Namun berapa ramaikah yang benar-benar tahu tentang hukum pernikahan dan hukum mengadakan kenduri atau walimatulurus?
Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab mengadakan majlis dan siapa yang perlu mengeluarkan belanja? Yang pasti, ramai pasangan yang mahu berkahwin, digamit rasa khuatir kerana perkahwinan memakan belanja yang tinggi. Akhirnya, tunda majlis kerana tidak cukup wang.

Adakah perkahwinan itu majlis kenduri atau majlis akad nikahnya? Adakah kenduri itu wajib diadakan?

Pernikahan adalah akad yang ditetapkan oleh syarak bagi membolehkan seorang lelaki menikmati hubungan kelamin dengan seorang perempuan dan sebaliknya. Perkahwinan adalah satu ibadah dalam Islam sebagaimana dalam surah ar-Rum ayat 21. Demikian juga sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Nikah adalah sunnahku dan barang siapa yang tidak suka sunnahku, maka dia bukanlah dari umatku”. (riwayat Ibnu Majah)
Perkahwinan menjadi fardu jika seseorang itu yakin bahawa jika dia tidak berkahwin maka dia akan tercebur ke lembah perzinaan. Selain itu, dia juga mampu melunaskan mahar atau mas kahwin, mampu memberi nafkah isteri zahir dan batin. Perkahwinan adalah sunat bagi seorang lelaki normal yang jika tidak berkahwin tidak akan melakukan zina dan dia juga tidak akan menganiaya isterinya jika berkahwin.
Pernikahan adalah makruh bagi sesaorang yang takut atau bimbang jika dia berkahwin dia akan menganiaya isterinya kerana tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi atau perangai yang kasar atau tidak berminat kepada wanita. Perkahwinan adalah haram jika dia yakin dengan perkahwinannya dia akan menzalimi isterinya seperti tidak mampu menanggung nafkahnya atau tidak mampu mengadakan hubungan seks.
Perkahwinan juga bukan sekadar kendurinya saja. Hari ini, orang tidak tanya berapa mahar atau mas kahwin pengantin perempuan kerana ia telah ditetapkan (ikut ketetapan negeri) dan orang mampu mengadakannya. Sebaliknya, tetamu menjeling-jeling wang hantaran dan mengira jumlah dulang yang dihantar. Bukan itu saja, ada yang sanggup membelek-belek barangan yang dihantar hendak menentukan kualiti; tulen atau tiruan.
Ibu bapa sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit malah ada pasangan muda yang sanggup berhutang untuk memastikan kenduri perkahwinan menjadi paling meriah dan paling mahal. Memanglah, pasangan mempelai mahu majlis perkahwinan mereka paling istimewa dan unik sebagai tanda cinta mereka. Namun berapa ramai yang tahu bahawa dalam satu majlis perkahwinan, akad nikah itu wajib dilaksanakan kerana ia berlandaskan syarak.
Tanpa akad nikah maka tiadalah majlis perkahwinan. Orang dah kenyang makan dan balik tetapi pengantin belum lagi sah suami isteri kecuali pasangan telah selamat diakad nikahkan. Apa yang berlaku hari ini, pasangan mendahulukan semua yang adat seperti membelanja wang untuk hantaran, membeli barang hantaran, membeli bunga telur atau apa-apa buah tangan untuk tetamu, menempah mak andam beserta pelamin, baju dan hiasan perkahwinan.
Pasangan hanya berbelanja RM300 sebagai mas kahwin atau mahar berbanding RM50,000 untuk yang lain-lain sedangkan ia hanya adat, bukannya wajib. Malah ia boleh menimbulkan riak kerana rasa ingin menunjuk-nunjuk dan pembaziran.
Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002 mas kahwin adalah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak, dapat dinilai dengan wang.
Bagi memastikan suatu perkahwinan itu sah berlaku dan memenuhi kehendak hukum syarak, pasangan hendaklah diakadnikahkan oleh wali atau oleh pendaftar dengan kebenaran wali dan disaksikan oleh dua saksi. Pasangan mestilah seorang lelaki dan seorang perempuan dan pengantin lelaki hendaklah membayar mas kahwin kepada pengantin perempuan.
Alangkah mudahnya majlis pernikahan tersebut dan hari ini pasangan telah boleh bernikah dengan mempunyai minimum RM500 kerana jika maharnya RM300, upah nikah dan sedikit yang lain, pasangan boleh diakadnikah dengan selamat. Tentunya ramai yang berkata “tidak mungkin” kerana hari ini hantaran mencecah RM20,000 (bagi seorang anak gadis yang berkelulusan ijazah pertama tidak termasuk artis, orang kenamaan dan sebagainya).
Itu tidak termasuk harga barang hantaran seperti cincin pertunangan dan cincin perkahwinan (ada juga yang memberi rantai dan gelang emas) kasut, baju, bag tangan, minyak wangi dan lain-lain barangan sokongan sebagai hantaran. Ada pasangan berbelanja RM5,000 ke 10,000 untuk hantaran sahaja. Majlis kenduri jika berlangsung di hotel, kosnya kepada berapa jemputan dan jenis makanan yang dihidangkan dan tidak kurang daripada RM50,000.
Barang-barang lain yang sangat mahal adalah pelamin, baju pengantin dan bunga telur dan hadiah kepada tetamu. Jika dijumlahkan dari bertunang hingga s akad nikah, ada pasangan membelanjakan RM100,000. Ada yang membelanjakan wang simpanan, ada yang membelanjakan duit ibu bapa yang bergadai bergolok untuk majlis anaknya kerana takut malu dan mahu menjaga air muka dan nama. Lebih malang, pengantin lelaki yang terpaksa meminjam wang bank, koperasi atau kawan kerana wang simpanan tidak mencukupi.
Ramai yang terpaksa bertunang lama kerana perlu mengumpul wang. Lebih malang, bayaran pinjaman belum habis dibayar, isteri dah minta cerai. (Utusan Malaysia melaporkan statistik perceraian yang meningkat dan dan 20peratus yang bercerai baru berkahwin lima tahun.)
Menurut kajian, lelaki berkahwin pada usia 28 tahun dan wanita 26 tahun dan adakah ini bermakna pasangan lambat berkahwin kerana faktor kos perkahwinan yang sangat mahal. Perkahwinan adalah isu jodoh dan kita perlu sentiasa ingat bahawa jodoh pertemuan adalah hak Allah. Memang ramai wanita berkahwin lambat kerana kebanyakan wanita berpendidikan tinggi.
Umur minimum tamat ijazah pertama universiti adalah 23-24 tahun dan bagi yang membuat diploma adalah 21 tahun. Bagi yang wanita perkahwinan bergantung kepada jika ada orang masuk meminang tetapi bagi lelaki sama ada dia mampu untuk meminang. Jika tamat belajar mereka berumur 24 tahun dan dengan gaji RM3,000 ke 4,000 sebulan, dengan membayar PTPTN, pinjaman kereta dan perbelanjaan harian, mereka mungkin dapat menabung RM1,000 sebulan. Jika perbelanjaan perkahwinan (hantaran sahaja RM15,000) mereka perlu menabung 15 bulan. Jika anggaran perbelanjaan perkahwinan itu RM50,000 maka mereka hanya boleh berkahwin selepas 50 bulan bekerja (iaitu empat tahun) dan tentulah usia perkahwinan menjadi 28 tahun.
Alangkah baiknya simpanan RM50,000 itu dijadikan wang muka membeli rumah dan pasangan boleh terus tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin. Memang kos perkahwinan telah naik tetapi itu bukan alasan melewatkan perkahwinan. Ibu bapa perlu ada transformasi pemikiran daripada mahu mengadakan majlis besar-besaran kepada melihat anak berumahtangga tanpa hutang dan memulakan kehidupan rumahtangganya tanpa riba. Tepuk dada tanya selera.


Sumber : Utusan Malaysia


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design By Saidatul Qifayah | For ! MSH PRODUCTIONS 2013-2014 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome