1 December 2012

Home » ❤BIDADARI SYURGA ❤

❤BIDADARI SYURGA ❤

Cik Admin | Saturday, December 01, 2012 | 0Comments |
Photobucket
 
Di syurga kelak kaum wanita yang beriman akan dibangkitkan dengan wajah yang lebih jelita dan rupawan,kulit tubuh mereka jauh lebih halus dan pakaian mereka lebih indah serta berharga dari perhiasan para bidadari syurga sendiri.Ini kerana mereka telah melalui berbagai-bagai ujian semasa di dunia sedangkan para bidadari tidak begitu.Di syurga kelak seorang wanita yang telah bersuami akan kembali kepada suaminya sedang sisuami sendiri akan menjadi ketua di mahligainya sendiri.

Bagi wanita yang berkahwin lebih dari satu,mereka akan diberi kebebasan untuk memilih suami yang pernah dikahwini dulu.Hal ini juga sama dengan kaum lelaki.Wanita ahli syurga kemuliaannya lebih baik dari bidadari syurga dengan 70 kali ganda.Di dalam syurga tidak akan berlaku pergaduhan,pertengkaran,dendam mendendami,sakit hati,hasutan,dengki khianat dan sebagainya.

Apabila seseorang isteri di dunia menyakiti hati suaminya dan membuat hati suami tersinggung akan berkatalah para bidadari syurga yang bakal menjadi isteri kepada suami tersebut,"Janganlah kamu menyakitinya kerana ini akan menyebabkan kemarahan Allah pula ke atas dirimu.Dia di sisimu hanya sementara saja,di akhirat nanti dia akan menjadi suami kami pula."Suami kepada para bidadari syurga telah ditentukan awal-awal lagi oleh Allah.

Para bidadari syurga dapat mengenali suami mereka sejak kelahiran dari perut ibunya lagi.Apa yang berlaku keatas lelaki itu sentiasa diperhatikan oleh bidadari ini dengan tidak sabar menunggu saat pertemuan yang paling bererti di syurga kelak.

(¸.•´ ♥♫♥♥
♫♥♥ Salam Erat Silaturahmi Dan
Salam Santun Ukhuwah Fillah♫♥♥
(¯`v´¯) ♥ Aamiin Ya Robbal'alamiin ♥
 
 FACEBOOK PAGES. CLICK HERE!!
WATCH TV ONLINE HERE
Sekiranya tidak Dapat Menonton Disini.. Anda boleh
Tonton Di SINI









Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design By Saidatul Qifayah | For ! MSH PRODUCTIONS 2013-2014 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome