28 June 2012

Home » » 6 Etika Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan

6 Etika Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan

Cik Admin | Thursday, June 28, 2012 | 0Comments |
Photobucket
Photobucket
1. MENUNDUKKAN PANDANGAN:

ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana
firman-NYA;
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.
(An-Nuur: 30)

2. MENUTUP AURAT:
ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya.
(An-Nuur: 31)

3. ADANYA PEMBATAS ANTARA LELAKI DENGAN WANITA:
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA;
Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)

4. TIDAK BERDUA-DUAAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA:
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.
(Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5. TIDAK MELUNAKKAN UCAPAN:
(Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya.

Firman ALLAH SWT;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)


6. TIDAK MENYENTUH KAUM BERLAWANAN JENIS:
Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya.
(Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Dari Aishah berkata;
Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah .a. dari Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya.
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA;

Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (Al-Isra: 32)

~::*Muhasabah Cintaku~~Monolog Seorang Hamba*::~
Photobucket
WATCH TV ONLINE HERE
Sekiranya tidak Dapat Menonton Disini.. Anda boleh
Tonton Di SINI


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design By Saidatul Qifayah | For ! MSH PRODUCTIONS 2013-2014 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome