12 May 2012

Home » » Tutorial 46 Cara menukar warna background pada widget

Tutorial 46 Cara menukar warna background pada widget

Cik Admin | Saturday, May 12, 2012 | 0Comments |
Photobucket

Mungkin korang ingin menukar warna background pada widget disidebar atau pun hendak mempelbagaikan warna latarbelakang yang ada pada widget.Sebagai menunaikan permintaaan dari rakan kita yang meminta saya membuat tutorial menukar warna background, jadi  tutorial Zana kali akan memuatkan cara bagaimana membuatnya.Pada mula nya Zana bercadang hendak memasukkan sekali cara menukar warna pada tajuk widget dan meletakkan teks yang kebiasaanya berada disebelah kiri ketengah,tapi akhirnya Zana ambil keputusan untuk mengasingkan agar tidak mengelirukan dan memudahkan pencarian artikel dan juga nak letak tajuk pada posting pun agak panjang.


Untuk membuatnya:

1.Log in dan pilih design—Klik pada edit HTML
Dapatkan dulu widget id terlebih dahulu untuk widget yang hendak dtukar warna.Sebelum ini saya ada juga menunjukan cara hendak mendapatkan widget id boleh dirujuk disini
contoh kod untuk widget id ditemplate seperti dibawah ini:

</b:widget>
<b:widget id='BlogArchive2' locked='false' title='Archives' type='BlogArchive'>

2.Seterusnya masukkan kod seperti ini:

Kod hendaklah diletakkan diatas kod  ]]></b:template-skin>

#BlogArchive2{
background-color:#7401DF;
}

Jika hendak memasukkan widget yang lain hanya tambah dibawahnya seperti ini:

#BlogArchive2{
background-color:#7401DF;
}
#linklist2{
background-color:#7401DF;
}

3.Kemudian preview dan save template setelah tiada apa apa error.


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design By Saidatul Qifayah | For ! MSH PRODUCTIONS 2013-2014 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome