14 May 2012

Home » » Lupakan Si-Dia

Lupakan Si-Dia

Cik Admin | Monday, May 14, 2012 | 0Comments |
Photobucket

Biasalaaa bila bercinta semuanya indah ...... memang tak dapat lupakan si-Dia . Makan ingatkan si-Dia , Tidur ingatkan si-Dia , Mandi ingatkan si-Dia ... boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si-Dia laaa .

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih .....

jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si-Dia kamu .

Terima Hakikat


Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda . Anda perlu

belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan
perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri


Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan

menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda . Cuba anda pergi ke
satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda . Tapi jangan laaa
buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda .

Luahkan perasaan anda


Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda . Mungkin dia tidak banyak

membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat
menghilangkan tekanan anda .

Anda pula dengar luahan mereka


Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda

bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Ingat dekat orang lain


Masih tak dapat lupakan si-Dia ? urghhh susah nie . Macam nielaaa kalau masih teringatkan

si-Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain ... ahli keluarga ke , artis ke , idola ke ,
tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda .. bahaya tu karang
jadi lain lak .

Buang jer hadiah tu


Bunga ke ... jam ke ... penanda buku ke .. novel ke .. anda buang sahaja hadiah tu ...mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik . Atau anda

pulangkan kembali hadiah itu kepada si-Dia . Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu
kerana anda seperti menghina pemberian si-Dia . Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah
seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design By Saidatul Qifayah | For ! MSH PRODUCTIONS 2013-2014 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome