21 May 2012

Home » » Kepercayaan, Keyakinan atau Beriman

Kepercayaan, Keyakinan atau Beriman

Cik Admin | Monday, May 21, 2012 | 2Comments |
Photobucket



Ramai manusia akan mengatakan bahawa kehidupan adalah ciptaan dan kehendak tuhan. Tuhan itu ujud dan berkuasa. Bagaimana setiap orang menganggap tuhan itu, bergantunglah pada ilmu memasing yang diwarisi.

Bagi penganut-penganut agama mereka percaya tuhan dan hari kiamat, surga dan neraka.Sesungguhnya agama itu datang dari tuhan yang satu melainkan manusia yang mengubah kebenaran yang satu.Memasing mengatakan jalan
mereka betul dan mereka sebenarnya tidak menggunakan akal fikiran sehabis-habisnya dalam mengesakan tuhan.

Dunia akan kiamat disuatu hari nanti. Semua manusia dan ciptaan akan musnah dan manusia akan hidup kembali untuk perhitungan. Sejauh mana manusia yakin dan merasa takut dengan kedatangan hari tersebut adalah sukar dianalisakan.

Dikalangan umat Islam sendiri dapat dilihat bagaimana mereka menghabiskan usia hidup selama didunia sedangkan peringatan tuhan adalah lebih jelas didalam ajaran Alquran berbanding dengan ajaran-ajaran lain.
Umat Islam sendiri tidak akan beriman dengan kitab selain Alquran kerana mereka telah yakin dengan ajaran agama Islam dan mengenal tuhan yang layak disembah.

Begitu juga dengan agama selain Islam tidak akan menukar keyakinan dan pegangan mereka melainkan Allah memberi hidayah. Dalam apa jua agama, derjat kesedaran manusia tentang tuhan,tentang janji tuhan, hal hari kiamat ,mengikut ajaran yang sebenarnya dan berbagai perkara yang akan
berlaku dihari kiamat adalah sama sahaja.

Ada manusia hanya percaya sahaja dan hatinya masih kuat meragui kebenaran dan ini adalah sebenarnya tidak beriman.
Ada pula percaya dan hati lebih berat kepada kebenaran. Ini berkemungkinan akan cepat mendapat kesedaran. Ada pula yang yakin tapi masih lalai dan merasakan ada kesempatan
untuk membuat persediaan. Kepercayaan sebegini umpama iman turun, naik dan berada dalam kelalaian dan cinta dunia.

Amatlah sukar bagi umat akhir zaman untuk beriman seperti mana dizaman para nabi namun Allah memberi banyak peluang kepada umat manusia berfikir dan sedar akan peringatan tuhan itu adalah benar. Allah telah melakukan berbagai cara dalam menyedarkan manusia dan kebanyakan manusia disedarkan dengan dihambat kepada kesedaran.
Manusia akan lambat sedar dan akan terus lalai sekiranya diberi anugerah nikmat.

Mereka yang beramal tanpa ilmu dan memahami serta menggunakan akal fikiran untuk menuju jalan kebenaran akan mudah digoda oleh keinginan dunia. Semakin hampir ia menuju kebenaran semakin besar ujian yang diterima
sehingga iman digoncang dengan egoncangnya.Beruntunglah orang-orang yang Allah jayakan usaha mereka membersihkan diri dari sifat-sifat kehinaan manusia yang mana diciptakan tiada daya upaya untuk mengatasi semua itu.

Manusia tidak boleh mengambil alasan tiada daya upaya itu sebagai meninggalkan usaha amal kejalan kebenaran. Kerana itu adalah semata-mata tuhan memberi
anugerah sifat lemah untuk mansia sedar dan kembali menyerah diri kepada Allah yang lebih berkuasa.

Jika telah sedar akan hakikat kelemahan itu maka segeralah memikirkan jalan bagaimana boleh Allah memberi kekuatan kepada manusia melawan segala kehendak diri dan berserah kepada tuhan dengan tanpa mengutukan
Allah dengan apa jua bentuk pengutuan sama ada yang nampak atau tersembunyi dalam hati berbentuk akidah bertuhan.

Adalah amat sukar sekali bagi manusia untuk menyempurnakan hak jiwa sebagaimana asalnya yang datang bersih dan kembali bersih. Pembersihan jiwa yang mencapai makrifat dan hakikat adalah memerlukan pengorbanan yang besar dan tidak ramai dikalangan manusia yang sanggup mengambil jalan itu. Jalan sebagaimana amalan ahli-ahli sufi. Diakhir zaman gulungan sufi dan ahli yang mempelajari ilmu tasawuf adalah tidak serupa jika dibandingkan dengan zaman ulama-ulama terdahulu.

Perbezaan zaman bukanlah alasan bagi umat akhir ini untuk mencapainya. Sememangnya zaman dahulu bentuk hiburan dan kemajuan dunia berbeza namun hakikat keinginan cinta dunia adalah serupa.Ujian kepahitan dan kesusahan adalah lebih hebat dizaman dahulu namun mereka boleh lalui.

Usahlah keliru dengan perubahan zaman yang serba maju dengan berbagai pancaroba kehidupan canggih.Kesibokan manusia tidak akan tamat dalam mencari kecukupan dan keperluan hidup.Akhirnya manusia dilalaikan dari tanggung jawab hidup beribadat kerana Allah semata-mata dan keperluan dunia bukan Allah jadikan sebagai keutamaan melainkan kadar memberi kehidupan.

Konsep ajaran Islam telah jelas dan manusia hanya perlu memahami dan menunaikan kehendak tuhan dalam ibadahnya.

Apa yang dikehendaki tuhan adalah akhirat negara yang kekal dan nikmat yang sebenar.Manusia tidak perlu usaha dan bersusah payah melainkan didunia tempat mereka bersusah payah.

Maka layaklah bagi orang yang sabar,ikhlas dan berkoban kerana yakin akan janji Allah untuk balasan surga. Kesenangna dunia hanya sebagai jalan kemudahan mereka menunaikan kerja ibadah sahaja dan tidak mengambil
lebih dari itu melainkan dibelanjakan kejalan agama Allah.

Manusia yang benar-benar telah beriman dan mengesakan Allah dalam semua amal perbuatannya pasti tiada kebimbangan dan ketakutan kerana telah yakin bahawa Allah akan menolong serta memberi kejayaan dunia akhirat.
Kesusahan bagi orang beriman adalah nikmat merasakan diri dikasihi Allah dan kurnia kesenangan pula bukanlah kerana nikmat kelazatan kurnia itu sebaliknya dapat melihat kasih sayang Allah kepada hambanya.

Adalah menjadi kewajiban orang yang telah sedar menyedarkan yang lain. Yang kekurangan diwajibkan menuntut ilmu sehingga mata hati yang melihat. Hanya mata hati sahaja yang dapat melihat kebenaran Allah kerana hati akan memandang dengan ilmu Allah.


Syukran jiddan.Sila tekan like dan send jika suka entri ini ..^_^

2 comments:

rAIHan said...

thanx for sharing~

Pink Lavender said...

hai..
salam ukhuwah..
makneng follow kamu
jom follow makneng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design By Saidatul Qifayah | For ! MSH PRODUCTIONS 2013-2014 ©| Resolution: 1366 x 768px | Best View: Google Chrome